Luahan Ibu Kepada Arwah Hafiz Yang Dibantai Kaw2 Sampai Mati Kerana Nak Bantu Keluarga.

 On Tuesday, July 8, 2014  





Luahan Ibu Kepada Arwah Hafiz Yang Dibantai Kaw2 Sampai Mati Kerana Nak Bantu Keluarga.






Dah berkahwin lama. Tapi tak pernah mendaftarkan kelahiran anak masing2. Bukan sorang dua. Tapi sampai sembilan orang ramainya.


Gila!



Itu satu. Yang kedua rupa2nya si arwah Hafiz tinggal kat tempat lain selama ini. Baru aje tinggal sekali dengan keluarga dia sejak setahun yang lepas. Selama neh dia tinggal kat mana? Aku pun tak pasti sebab akhbar tak laporkan dengan detail.



Dibantai anak sendiri dengan kayu sampai mati. Bukan sahaja taknak menyerah diri bahkan lari dari polis sehingga ditahan.



BODOH NAK MAMPOS punya SUAMI. Dan si ibu pun.. emm.. kalau la ko takut sangat dengan suami ko lari dan maklumkanla pada jiran2.. tak boleh bertindak sendirian tapi dengan adanya bantuan jiran2 mesti boleh selesaikan masalah.. garang2 suami ko pun ko tetap membela dia juga rupa2nya.. kalau tidak takan la sampai mati anak kau.



Hahaha..



Ini la pemikiran aku. Orang nak kata apa kata la. Aku tetap stick dengan pendirian aku. Sanggup tahan anak2 takde sijil kelahiran apa semua. Memang tah hapa2.. kalau tak boleh diharapkan pada suami ko la p daftar sendiri anak2 kau. Tak fikir ke dorang punya masa depan macam mana? Satgi kena cop sebagai pendatang asing pula.



Baca ;



“Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.



Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.



“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.



"Saya tidak tahu apa salah arwah kerana suami sering mencari salah dan memarahinya hanya disebabkan perkara kecil, malah suami menuduh saya menyayangi arwah lebih daripada anak lain sedangkan sebagai ibu, sayang saya kepada semua anak sama," katanya ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka



"Suami memang mempunyai sikap baran, tetapi saya tidak sangka selepas Hafiz memaklumkan sendiri hasrat itu, suami naik berang dan bertindak memukulnya sehingga meninggal dunia""Malah, suami bersikap lepas tangan tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak kami" Katanya lagi.




Ulang siar entri Luahan Ibu Kepada Arwah Hafiz Yang Dibantai Kaw2 Sampai Mati Kerana Nak Bantu Keluarga. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Luahan Ibu Kepada Arwah Hafiz Yang Dibantai Kaw2 Sampai Mati Kerana Nak Bantu Keluarga. 4.5 5 Unknown Tuesday, July 8, 2014 Luahan Ibu Kepada Arwah Hafiz Yang Dibantai Kaw2 Sampai Mati Kerana Nak Bantu Keluarga. Dah berkahwin lama. Tapi tak pernah mendaf...


No comments:

Post a Comment