Gambar2 Tetulang Konkrit MRT Pula Jatuh Dari Lori.
Nasib baik takde kenderaan kat belakang lori tue. Kalau ada? Tak pasal2 membahayakan nyawa orang. Lagi satu. Ini bukan kali pertama lori yang bawa bahan binaan membahayakn nyawa pengguna jalanraya. Aku rasa ramai kot yang takut lalu belakang lori yang bawa besi2, batu2 konkrit, yang tajam2 tue apa nama dia, cerucuk ek? Itu pun ada yang tak ikat betul2. Tak fikir ke nyawa orang lain bila buat kerja tak cermat?
Bayangkan kalau bongkah konkrit neh jatuh tergolek atas jalan dan korang terlanggar. Kalau dalam keadaan memecut, tak ke mati dibuatnya?
Satu lagi aku terfikir2. Bila bongkah konkrit neh dah jatuh, adakah bahan dia masih kukuh lagi? Tak jadi pecah ke apa? Adakah akan digunakan semula dalam pembinaan? Risau nya lahai. Adakah mereka semua benar2 mementingkan aspek2 keselamatan pengguna dalam pembinaan MRT neh ek. Harap2 begitula..
11 tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan.
"Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh. "Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan," kata kenyataan itu.
MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu. -ODSCENE-
Ulang siar entri Gambar2 Tetulang Konkrit MRT Pula Jatuh Dari Lori. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment