Inila Nasib Peniaga Kecil - Dilayan Bagai Penjenayah.
Rasa macam nak marah. Dalam minggu neh 2 kali dapat story macam neh. Aku tak faham penguatkuasa. Maksud aku, sudah lama kot. Korang gunakan kaedah neh. Dan masih gagal menemui cara penyelesaian. Kenapa bukan tukar cara lain untuk selesaikan masalah? Zaman sekarang kos sara hidup tinggi. Sangat tinggi. Rakyat yang miskin dah tak mampu nak serap segala bagai rintangan dan halangan yang baru. Mohon jangan tambah rumitkan kehidupan rakyat. Jangan pandang semua orang mampu menyerap kenaikan kos sara hidup hanya kerana ko rasa ko mampu.
Aku memang takan bersetuju dengan mana2 pihak majlis yang ;
1. Merampas barang2 peniaga
2. Saman peniaga
Bagi aku, penguatkuasa patut lebih peka dan bersikap humanisn. Instead of hukuman, ko beri jalan penyelesaian. Ini juga dianjurkan oleh agama rasmi di negara ini. Kalau korang faham la. Islam hadir sebagai penyelesai masalah. Islam tidak wujud untuk menghukum. Sudah sepatutnya pihak majlis tukar cara mereka melayani peniaga. Aku dah asyik ulang bagi cadangan yang sama sampaikan aku sendiri naik muak.
- Jika penguatkuasa rasa mana2 peniaga melakukan kesalahan, amek tahu dulu.
- Tanya dulu kenapa mereka berniaga disitu.
- Jika lesen jadi isu, maka nasihatkan mereka untuk mohon lesen, bantu. Berikan panduan dan tunjuk ajar.
- Jika tempat jadi isu, maka bantu dengan menasihati agar berpindah disebabkan lokasi tersebut tidak bersesuaian atas alasan2 tertentu.
Jangan ko denda dan hukum peniaga2 kecil yang cari makan. Dorang terjejas dengan kos sara hidup. Dorang lebih baik dari pencuri dan perompak (menteri2 BN). Sebab dorang tak mencuri untuk mencari rezeki. Tapi korang yang saman dia memang menghinakan. Hanya tahu menghukum dan menindas rakyat marhaen. Mentang2la rakyat takde pangkat.
Sudahla cara kerja sangat lapok dan malas nak melalui proses perubahan dan penambahbaikkan. Boleh gila dibuatnya jadi peniaga2 kecil di Malaysia. Semua serba tak kena. Lahanat betul la.
Ulang siar entri Inila Nasib Peniaga Kecil - Dilayan Bagai Penjenayah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment