Kenapa PDRM Sebarkan Rakaman Zamani Disuruh Menyanyi Dalam Tahanan Soal SAMM.

 On Thursday, January 22, 2015  





Kenapa PDRM Sebarkan Rakaman Zamani Disuruh Menyanyi Dalam Tahanan Soal SAMM.








Kenyataan Media

22 Januari 2014



Adakah SOP PDRM Membenarkan Sebaran Video Vokalis Dipaksa Menyanyi




Sangat mengejutkan apabila secara tiba-tiba video bekas vokalis kumpulan SLAM iaitu Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan duduk dan bergari tersebar. Walaupun beliau disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah, adalah tidak wajar video beliau dalam keadaan amat mengaibkan disebarkan secara meluas.



Ini tindakan yang amat memalukan apatah lagi didalangi oleh penguatkuasa undang-undang kita sendiri. Bagaimana rakyat hendak mempercayai kredibiliti anggota PDRM selepas ini.



Dalam masa yang sama identiti Sirul dan Azilah, bekas anggota UTK PDRM terus disembunyikan sehinggalah Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman, sehinggalah juga Sirul berjaya melarikan diri ke Australia tanpa disedari.



SAMM membantah keras tindakan menyebarkan klip video tersebut dan menggesa Ketua Polis Negara untuk menyiasat perkara ini. Adakah menyebarkan video OKT yang ditahan dipaksa menyanyi dalam keadaan bergari adalah merupakan satu tatacara operasi standard?



Jika Ketua Polis Negara gagal untuk bertanggungjawab dan memohon maaf serta mengambil tindakan tatatertib kepada anggota yang terlibat akan memberikan implikasi negatif kepada imej pasukan PDRM dan menunjukkan bahawa anggota PDRM gemar berhibur dengan menggunakan OKT yang ditahan.



Hadzril Ridzal Husin

Penyelaras SAMM Johor





Ulang siar entri Kenapa PDRM Sebarkan Rakaman Zamani Disuruh Menyanyi Dalam Tahanan Soal SAMM. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Kenapa PDRM Sebarkan Rakaman Zamani Disuruh Menyanyi Dalam Tahanan Soal SAMM. 4.5 5 Unknown Thursday, January 22, 2015 Kenapa PDRM Sebarkan Rakaman Zamani Disuruh Menyanyi Dalam Tahanan Soal SAMM. Kenyataan Media 22 Januari 2014 Adakah SOP PDRM Memb...


No comments:

Post a Comment