Lagi Hartanah Di Johor Bertukar Milik Ke Syarikat China.
Walaupun prospek industri hartanah di Iskandar Malaysia dijangkak muram tahun ini, sebagaimana diramal oleh penganalisis tempatan, namun ia tidak menghalang 'selera' besar pemaju hartanah daripada China untuk membeli tanah-tanah bernilai di bandaraya Johor Bahru.
Hari ini, satu lagi gergasi hartanah China, Greenland Group sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang berpengkalan di Shanghai telah menandatangani perjanjian untuk membeli sebidang tanah seluas 51.8 hektar bernilai RM2.4 bilion.
Tanah yang terletak di kawasan strategik berhadapan Selat Johor dipanggil Danga Bay, dibeli daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri Johor, Iskandar Waterfront City Bhd. (IWCB).
"Fasa pertama projek itu bernilai RM3 bilion adalah untuk membangunkan taman tema salji, opera house, hospital berasaskan perubatan tradisional Cina dan sekolah," menurut IWCB.
Greenland Group yang tersenarai di antara syarikat Fortune 500, sebelum ini telah pun membelanjakan RM600 juta untuk membeli sebidang tanah berkeluasan 5.5 hektar di Danga Bay untuk membangunkan projek hartanah Tebrau Bay City Waterfront.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh IWCB itu berkata, pelaburan asing termasuk daripada China penting di dalam meransang aktiviti ekonomi negeri Johor berikutan kesan limpahannya.
Pada masa ini, terdapat 13 syarikat hartanah dalam dan luar negara sedang membangunkan projek Tebrau Bay Waterfront City di Danga Bay yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM125 bilion.
Greenland mengikut jejak langkah beberapa gergasi hartanah China yang membolot tanah-tanah strategik di Johor Bahru seperti R&F Properties berpengkalan di Guangzhou yang membeli tanah-tanah berdepan laut di Tanjung Puteri bernilai RM4.5 bilion.
Selain R&F Properties, syarikat Country Garden Ltd. turut membelanjakan hampir RM1 bilion untuk membeli tanah di Danga Bay dan melancarkan projek hartanah mewah meliputi pembinaan kompleks membeli-belah serta 9,000 unit kondominum.
Tindakan syarikat-syarikat hartanah luar terutamanya daripada China berbelanja besar membeli tanah-tanah di bandar raya dan melancarkan pembinaan kondominium mewah dengan harga melebihi RM1 juta seunit telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat tempatan.
Rakyat tempatan menggelar kondominium-konominium mewah ini pencakar langit. 'rumah mampu tengok', di mana mereka hanya mampu melihatnya tetapi diluar kemampuan untuk membelinya. - MalaysiaGazette
Ulang siar entri Lagi Hartanah Di Johor Bertukar Milik Ke Syarikat China. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment