Pondan, Khunsa Kini Diharamkan Menjadi Pemandu Di Rusia - Malaysia Patut Tiru?

 On Saturday, January 10, 2015  





Pondan, Khunsa Kini Diharamkan Menjadi Pemandu Di Rusia - Malaysia Patut Tiru?







Pemerintah Rusia akhirnya berjaya meluluskan undang-undang kontroversi yang mengharamkan pondan dan khunsa daripada memandu kenderaan, sekali gus mencetuskan kritikan daripada aktivis hak asasi manusia.



Undang-undang yang berkuat kuasa minggu ini melarang sesiapa sahaja yang didiagnosis dengan masalah pelbagai personaliti dan gangguan identiti jantina, termasuk pondan, bapuk, maknyah dan transeksual daripada mengemudi kenderaan.



Ini termasuk individu yang ada obsesi seksual, pengintai dan fedofilia atau seks dengan budak kecil, serta kaki judi dan pencuri namun pada masa sama undang-undang Rusia melarang diskriminasi terhadap rakyat hanya kerana jantina mereka.



Meskipun dibantah keras, undang-undang terbaharu itu bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang tinggi kadar kematian di Rusia dengan mengambil kira faktor pemandu dengan ada penyakit tertentu di luar jalan raya.



Persatuan peguam bela Rusia berkata undang-undang larangan untuk transgender, khunsa, pondan, atau berpakaian bukan jantina asal dan orang yang memerlukan pembedahan pembetulan jantina jelas bercanggah dengan standard antarabangsa.



Beberapa pengamal undang-undang menegaskan bahawa larangan itu akan meliputi banyak pelawak dan bintang pop popular di Rusia, termasuk Verka Serdyuchka, yang sering muncul menerusi program televisyen popular, Eurovision.



“Jika pemandu lelaki berpakaian seperti wanita dan dirakam kamera polis, dia akan ‘hilang’ lesen memandu,” tulis seorang peguam, Kolya Bakhtinov dalam laman web berita untuk golongan lelaki songsang tempatan, Gay.ru. – Agensi



Ulang siar entri Pondan, Khunsa Kini Diharamkan Menjadi Pemandu Di Rusia - Malaysia Patut Tiru? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Pondan, Khunsa Kini Diharamkan Menjadi Pemandu Di Rusia - Malaysia Patut Tiru? 4.5 5 Unknown Saturday, January 10, 2015 Pondan, Khunsa Kini Diharamkan Menjadi Pemandu Di Rusia - Malaysia Patut Tiru? Pemerintah Rusia akhirnya berjaya meluluskan undang-und...


No comments:

Post a Comment