Ulasan Isu K-Pop, Mejar Zaidi dan Eric Paulsen - Anwar Ibrahim.

 On Thursday, January 15, 2015  





Ulasan Isu K-Pop, Mejar Zaidi dan Eric Paulsen - Anwar Ibrahim.







Ulasan Isu K-Pop, Mejar Zaidi dan Eric Paulsen



Terdapat beberapa perkembangan mutakhir yang saya kira penting untuk dikendalikan dengan cermat dan memerlukan perhatian serius khususnya daripada pihak berwajib.



(i) Kontroversi Artis K-Pop

Saya mengusulkan agar nasihat, dan teguran kepada generasi muda dipergiat melalui metod dakwah bilhikmah. Mengasak mereka dengan ugutan hanya mendatangkan resah dan kekeliruan di kalangan mereka. Justeru kebijaksanaan dituntut agar mereka didekati dengan pendekatan psikologi yang bijaksana serta berhemah. Saya juga menyarankan agar penguatkuasaan terpilih tidak dilaksanakan oleh JAWI dan badan agama lainnya. Jangan gejala berpelukan anak muda berpelukan dikejar, tetapi gejala yang sama kalangan penguasa atasan dan artis tidak ditegur.



(ii)Penamatan Perkhidmatan Mejar Zaidi Ahmad



Saya menuntut penjelasan Kementerian Pertahanan mengenai penghukuman ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang membawa kepada penamatan perkhidmatan serta merta. Ini ternyata satu keputusan yang zalim ke atas beliau yang telah berkhidmat selama 26 tahun, dikenakan pula atas satu kesalahan yang mendorong kepada kesedaran awam atas kepincangan sistem pilihanraya melalui penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Walhasil SPR terus membisu tanpa pembelaan ke atas dakwaan beliau, pendedahan peguam Hanipa Maidin mengenai kepincangan prosiding Mahkamah Tentera harus diberi perhatian serius.



(iii) Penahanan Eric Paulsen



Kenyataan Saudara Eric Paulsen tatkala merujuk kepada khutbah Jumaat lewat tweet beliau perlu dijawab atau diulas oleh Jabatan Agama. Jabatan Agama seterusnya berhak mempertikai atau menyanggah berdasarkan hujah. Tetapi penahanan beliau adalah sesuatu di luar kebiasaan yang mendatangkan persoalan. Terdahulu saya telah menyarankan agar Eric memberikan penjelasan ke atas kenyataan tersebut sebelum sebarang tindakan dikenakan ke atas beliau.



ANWAR IBRAHIM



Ulang siar entri Ulasan Isu K-Pop, Mejar Zaidi dan Eric Paulsen - Anwar Ibrahim. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Ulasan Isu K-Pop, Mejar Zaidi dan Eric Paulsen - Anwar Ibrahim. 4.5 5 Unknown Thursday, January 15, 2015 Ulasan Isu K-Pop, Mejar Zaidi dan Eric Paulsen - Anwar Ibrahim. Ulasan Isu K-Pop, Mejar Zaidi dan Eric Paulsen Terdapat beberapa perkemb...


No comments:

Post a Comment