Ladang Ternak Babi Curi Air Terawat Dedah SYABAS.

 On Wednesday, March 4, 2015  





Ladang Ternak Babi Curi Air Terawat Dedah SYABAS.







Sebuah ladang ternakan khinzir yang beroperasi sejak 16 tahun lepas diserbu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini kerana didakwa melakukan penyambungan paip haram serta mencuri air terawat mengakibatkan kerugian RM77,000.



Pengarah eksekutif projek dan air bukan hasil (NRW) Syabas Yusuf Badawi berkata kegiatan haram yang dilakukan pemilik ladang itu dikesan setahun lepas apabila bacaan meter air yang berdaftar dengan operator air berkenaan diragui.



"Hasil siasatan lanjut, kita mendapati pemilik ladang melakukan penyambungan paip poli berukuran 20 milimeter secara haram sepanjang 200 meter daripada paip utama untuk disalurkan ke kandang ternakan dan tandas di dalam ladang tersebut.



"Kegiatan haram yang dilakukan itu menyebabkan sebanyak 33,300 meter padu air terawat dicuri pemilik ladang, malah dia juga didapati menggunakan pam bagi meningkatkan proses kemasukan air ke ladang berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.




Sehubungan itu, katanya, Syabas melakukan proses pemotongan bekalan air bagi penyambungan paip haram itu serta-merta dan pemilik ladang terbabit diambil keterangan untuk tindakan selanjutnya.



Dalam perkembangan lain, Yusuf berkata bagi tempoh Januari hingga 25 Februari lepas, sebanyak 1.7 juta meter padu air dikesan digunakan secara tidak sah melibatkan 148 aduan berhubung kegiatan penyambungan paip haram dan kes kecurian air di Selangor.



Katanya, dalam tempoh dua bulan, Syabas mengalami kerugian RM3.9 juta hasil daripada kegiatan haram tersebut.



"Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas pula, kita menyiasat 4,551 kes dan 512 daripadanya didapati kes sahih melibatkan 6.5 juta meter padu air digunakan secara haram.



"Daripada jumlah kes sahih tersebut, Syabas membuat tuntutan sebanyak RM14 juta daripada individu yang terlibat dalam kes berkenaan," katanya.



Beliau berkata pihaknya sedang giat menjalankan operasi mencegah kegiatan haram tersebut dan menyarankan orang ramai segera melaporkan sebarang aktiviti mencuri air kepada Syabas atau pihak berkuasa. – Bernama.



Ulang siar entri Ladang Ternak Babi Curi Air Terawat Dedah SYABAS. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.

Ladang Ternak Babi Curi Air Terawat Dedah SYABAS. 4.5 5 Unknown Wednesday, March 4, 2015 Ladang Ternak Babi Curi Air Terawat Dedah SYABAS. Sebuah ladang ternakan khinzir yang beroperasi sejak 16 tahun lepas diserbu Syarikat B...


No comments:

Post a Comment