Ahli Parlimen PR Dikritik Lagi Kerana Suka Ponteng Sidang Parlimen.
Kenyataan Umum
8 April 2015
8 April 2015
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Ponteng Lagi
Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merasa amat kecewa dengan sikap Perdana Menteri yang sangat kontradiksi sekali dengan janji kesederhanaan beliau sebelum ini. Undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa bicara sememangnya satu bentuk undang-undang zalim.
Namun begitu, kekecewaan SAMM lebih parah apabila melihat bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berada di dalam Dewan Rakyat sehingga selesai RUU ini diundi. Hanya terdapat 64 orang pada pengundian Bacaan Kali Kedua dan terus menyusut kepada 60 orang pada pengundian Bacaan Kali Ketiga.
Ini bukanlah kali pertama Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hilang dari Dewan Rakyat. Penggal lepas pun terdapat beberapa kali Ahli-Ahli Parlimen PR ponteng semasa Rang Undang-Undang yang penting hendak diluluskan termasuklah Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru dahulu.
Alasan 1 - Jadual Aturan Urusan Mesyuarat Ditentukan Rejim BN.
Ini adalah satu alasan yang cuba untuk menafikan kelemahan dan kesilapan sendiri. SAMM amat menyedari perkara ini tetapi minggu ini adalah minggu terakhir mesyuarat Dewan Rakyat untuk sesi kali ini. Apakah sebagai seorang Ahli Parlimen, kamu tidak boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan? PoTA 2015 adalah satu rang undang-undang yang sangat diperlukan oleh rejim BN. Adalah amat mustahil rejim ini tidak akan meluluskan RUU ini secara tergesa-gesa.
Alasan 2 - Kalau datang Full House pun PoTA2015 Akan Diluluskan Sebab BN Pegang Majoriti Kerusi.
Alasan ini adalah satu alasan recycle dan lemah. SAMM dan kesemua rakyat mengetahui pihak mana yang memegang majoriti, tetapi kehadiran penuh ke Dewan Rakyat menjadi satu isyarat dan juga bukti kejujuran dan keikhlasan mengangkat sumpah sebagai seorang wakil rakyat.
Bukankah kamu sering menjaja kononnya kamu lah hero rakyat. Maka, kamu angkat sumpah sebagai wakil rakyat pada hari pertama Parlimen Ketiga Belas tempohari. Seharusnya, kamu tunjukkan kepada kami kesediaan kamu untuk memperjuangkan untung nasib rakyat di Parlimen. Tapi, kini kamu gunakan hujah recycle ini.
Tiada ada siapa pun yang berkata PoTA2015 ini boleh digagalkan. Yang ditagih rakyat adalah kamu menunjukkan tauladan yang baik. Dibayar elaun sepenuhnya untuk menghadiri mesyuarat bukan untuk ponteng berbayar.
Alasan 3 - Ahli Parlimen Mempunyai Mesyuarat, Program di Luar
Tidakkah Ahli Parlimen menyedari bahawa tugas hakiki mereka adalah untuk menghadiri sesi mesyuarat Dewan Rakyat. Mesyuarat Dewan Rakyat bukanlah diadakan setiap hari sepanjang tahun. Tetapi hanya 61 hari sahaja untuk tahun ini. Hanya 61 hari persidangan dan anda masih tidak boleh memastikan kehadiran anda ke Dewan Rakyat?
Sesi Mac hingga April - 20 hari bersidang
Sesi Mei hingga Jun - 16 hari bersidang
Sesi Oktober hingga Disember - 25 hari bersidang
Sesi Mei hingga Jun - 16 hari bersidang
Sesi Oktober hingga Disember - 25 hari bersidang
Tambahan pula, mesyuarat hanya berlangsung selama 4 hari seminggu. Apakah mesyuarat dan program luar ini tidak boleh diadakan semasa hari Jumaat hingga Ahad? Mengapa Ahli Parlimen sendiri masih tidak faham peranan mereka?
Malahan, laman web Parlimen sudah pun meletakkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat lengkap dengan tarikh mesyuarat untuk setahun. Mengapa Ahli Parlimen ini tidak bijak untuk mengatur jadual program agar tidak bertembung dengan jadual mesyuarat?
Jika pun ada pertemuan dengan rakyat di kawasan masing-masing, bukankah Ahli Parlimen mempunyai Pegawai Khas bagi membantu urusan mereka. Rakyat boleh memahami jika Ahli Parlimen tidak berada di kawasan kerana menghadiri sesi mesyuarat Parlimen.
SAMM menerima alasan Ahli Parlimen yang berada di Luar Negara atas urusan rasmi Kerajaan Negeri atau mempunyai masalah kesihatan. Tetapi bagaimana pula dengan Ahli Parlimen yang masuk ke Dewan Rakyat pada sebelah siang dan kemudiannya pulang awal. Setelah menyentuh skrin komputer di meja pada awal pagi sebagai tanda kehadiran, anda akan menerima elaun kehadiran. Terima elaun kehadiran dan kemudian pulang awal. Beginikah sikap seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab?
Senarai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak hadir telah pun viral di media sosial. Ia turut merangkumi kedua-dua Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Sayugia, SAMM tampil memberikan cadangan agar setiap Parti Politik menggunakan kaedah Satu Calon, Satu Kerusi dalam Pilihanraya akan datang. Ini penting supaya dapat memastikan setiap Ahli Parlimen dan ADUN fokus terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.
SAMM dengan ini menyeru agar seluruh rakyat untuk memerhatikan dengan jelas setiap tindakan, perangai dan disiplin Ahli-Ahli Parlimen kita. Mana-mana Ahli Parlimen yang culas, malas dan sentiasa mencari alasan untuk tidak hadir ke mesyuarat Dewan Rakyat tidak harus diundi semula. Mereka ini tidak amanah dan bertanggungjawab dalam memikul peranan sebagai wakil yang dipilih oleh Rakyat.
Jangan berlagak angkuh sangat kerana rakyat yang memilih kamu untuk berada di kerusi empuk Dewan Rakyat. Rakyat perlu faham peranan kita sebagai majikan Ahli Parlimen ini. Mereka menikmati saraan dan pelbagai elaun hasil daripada cukai yang kota bayar. Wajarlah untuk kita memberhentikan pekerja-pekerja yang tidak amanah ini dalam Pilihanraya akan datang.
Tak perlulah memperbodohkan rakyat dengan alasan-alasan lemah untuk menutup kesilapan anda. Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang memegang janji manifesto Pakatan Harapan Rakyat, sudah tentu rakyat menagih janji anda untuk melawan kezaliman BN.
Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Ulang siar entri Ahli Parlimen PR Dikritik Lagi Kerana Suka Ponteng Sidang Parlimen. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Nurul Asyikin iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment