Kicap Masin KR1M Ditarik Balik - Ada Bahan Terlarang - Pengguna Sila Alert!
Kicap soya masin yang dijual di kedai rakyat 1Malaysia baru-baru neh telah ditarik balik. Ia melibatkan KR1M seluruh lokasi di Sarawak setakat ini dan kementerian sedang mengkaji jika penarikan tersebut perlu melibatkan rangkaian kedai rakyat 1 Malaysia seluruh negara.
KPNDKK telah meminta kementerian kesihatan membuat keputusan berkenaan.
Tarik balik satu hal. Bagaimana pula dengan yang dah membeli kicap tersebut? Kementerian KPNDKK cuai sebenarnya.
Pertama. Perlu diumumkan dengan jelas jenama apa yang terlibat.
Kedua. Yang dah beli bagaimana? Buat la kenyataan supaya pengguna alert. Diam-diam masuk paper laporan kecik macam tak penting kenapa pula? Kita tengah cakap tentang kesihatan manusia kot.
Ketiga. Gesaan pulang balik kicap yang dah dibeli dan pengguna perlu mendapatkan ganti rugi.
Keempat. Kesan kepada kesihatan. Harus menjadi tanggungjawab kerajaan sepenuhnya.
Lue punya kedai. Lue yang tentukan barang. Jangan nak lari tanggungjawab.
Baca ;
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meminta Kementerian Kesihatan untuk mengkaji dan membuat keputusan sama ada jualan produk kicap soya masin di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seluruh negara ditarik semula atau sebaliknya.
Demikian dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek susulan arahan menarik semula jualan produk itu di kesemua 30 KR1M di Sarawak.“Kalau kita hendak buat (tindakan) kepada semua (KR1M), kita minta Kementerian Kesihatan kaji dan buat keputusan.“Bagi kita, kuasa menarik semula (produk) adalah kuasa Kementerian Kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Pesta Kaamatan di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini hari ini.Beliau mengulas arahan kepada 30 KR1M di Sarawak menarik semula jualan produk kicap soya masin jenama KR1M yang dikesan mengandungi bahan pengawet berlebihan.Arahan itu dibuat selepas hasil ujian pensampelan oleh Jabatan Kimia mendapati kicap tersebut terlebih kandungan asid benzoik sebanyak 20 miligram. - UTUSAN ONLINE
Ulang siar entri Kicap Masin KR1M Ditarik Balik - Ada Bahan Terlarang - Pengguna Sila Alert! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment