Sesi Mengumpat Story Derma RM100 Dapat RM1000.

 On Thursday, May 21, 2015  

Sesi Mengumpat Story Derma RM100 Dapat RM1000.

Sesi Mengumpat Story Derma RM100 Dapat RM1000.


Sesi mengumpat story "Derma seratus lopeh tu ado org solit duit seribu kek wiper keto ey"

Bukak fesbuk pukul 4.30 pagi tadi tgk newsfeed dibanjiri dgn cito sedokah 100 dapek 1000 ringgit kek wiper keto sbg balasan. Story bertaraf Mastika mcm ni pun ado lobih 11 ribu org share. Lopeh tu fanpage Sukan Star share jugak story si Rashidah Rashidi (RR) nih. Yg den nampak facebooker (netizen) amat mendambakan story kebaikan seperti sedokah krn ia makin luput dlm dunio moden yg ponuh kesibukan ini. Meskipun yg tukang share story RR kemungkinan bosa selalu mengelak nak boli tisu org buto yg lalu kek mejo makan ey.

RR tak femes mcm Matlutfi tapi kini storynya viral ke serata pelusuk alam maya. Adokah storynya benar? RR siap lotak 3 koping gmbr sbg bukti bai. Takkan tipu kot. Org yg selalu tgk drama melayu time maghrib dan selalu like page artis melayu akan ckp story RR adolah sahih dan benar 300%. Tapi org yg selalu folo politik Msia, yg dah masak dgn politician punyo koncing, dio akan ckp story ini karut. Kau sajo nak cari glemer, dakwa mrk lagi. Ha Ha Ha.

Apo pulak pendirian den? Pendirian den tak ponting. Yg ponting skrng kito tgk bukti yg ditampilkan oleh RR yg ado kek dlm fesbuk ey.

1] RR bwk keto seorg diri dan stop di RnR Temerloh. Kemudian dtg akak dgn baby ey dan bla bla bla. Kemudian dio snap gmbr akak dan baby itu. Lalu gmbr itu didakwa tibo-tibo blur. Dah tgn kau goyang time snap gmbr, mmg blurlah.

2] Trus bg derma sumo duit ey yg ado dlm purse (kira-kira rm100). Kek sini dah bulih timbul keraguan dah. Kok iyo pun kau nak menderma takkan sumo sekali? Kau dah la student U. Tak bokojo laie dan mungkin RR seorg peminjam PTPTN. Bwk keto sensorang. Jalan jauh lagi. Takkan tak fikir psl minyak, topup nak kol mak ckp dah sampai kolej, kredit nak kol member atau balak kalau ado kecemasan mcm tayar pancit, esok pagi duit boli nasi lomak nak serapan pagi dan sbgnya? Takkan sedokah sumo sekali sampai takdo duit stenbai kot. Ini menzalimi diri sendiri nih. Dan ini bukanlah cara sedokah yg diajar oleh Islam. Huhuhuhu...

3] Kemudian dio balik lalu tol Bentong, akak tol bgth ado duit kek wiper keto ey. Di sini ramai persoalkan ckp derma sumo duit tapi apsal bulih byr tol? Dan persoalan tentang akak tol. RR bwk naik satu lagi entry di fbnya bgth bhw dio pakai Touch n Go. Selalu student yg bapak ey kayo je yg mampu pakai Touch n Go. Di entry itu jugak RR menjawab kemusykilan mengenai akak tol. RR ckp akak tol melintas jalan dikalo dio sdg lalu di lorong tol. Ini cover up story bai.

4] Mcm mano akak tol boleh nampak duit tebal seribu ringgit kek wiper sdgkan dio kek luar, sdgkan RR di dlm keto tak perasan pun? Mcm mano RR bulih tak perasan? RR defend dlm entry terkininya di fbnya bhw dio seorg yg rendah dan kono menjungkitkan dirinya kalau nak tgk dgn jelas apo yg ado kek wipernya.

- Duit seribu itu tersolit di wiper kanannya iaitu di bahagian pemandu.
- Den tak tahu apo jenis kenderaan RR krn tidak dinyatakan tapi den agak dio pakai Kancil.
- Mungkin dashboard Kancil menghalang permandangannya. Boleh jadi ye. Boleh jadi tak.
- Cermin tak tinted hitam.

5] Tapi yg herannya RR bulih amik gmbr duit seribu di wipernya dari dlm tmpt pemandu dgn begitu jelas sekali. Tadi kata rendah lah, kono jungkit lah. Mustahil la RR tak nmpk duit seribu itu sdgkan perjalanan dari RnR Temerloh ke tol Bentong bukannya sekojap.

Dlm entrynya yg terkini, RR ckp dio rabun. Tu psl dio tak nampak duit seribu tuh. Kalau kau rabun, apsal kau bulih bwk keto? Sensorang pulak tuh. Kalau kau pandu keto time siang pun dah bahayo sobab rabun, ini kan pulak malam? Lagi bertambah bahayo la kan. Dgn silau lampu keto dari arah bertentangan laie. Mmg mustahil kau bulih bwk keto dlm keadaan begitu. Encik Polis tolong saman RR dan gantung lesen kenderaannya. Dio sendiri mengaku dio memandu malam dlm keadaan rabun. Kito tidak mahu tragedi di DUKE yg mengorbankan seorg bayi berulang kembali atas kecuaian pemandu lain (samo ado berlumbo, rabun dlll).

6] Dlm byk-byk komen di wall fb RR, ado satu komen yg boleh jatuh dlm kategori paria. Dio ckp :

"dik.. ad seorang perawat alternatif islam.. dy scan pic pmpuan tu dan jawapan yg dy dpt.. bunian islam.. subhnallah.. wallahualam..."

Wanita bunian Islam pakai legging? Power siyal. Ha Ha Ha. Jgn bagi Harun Din poning bai.

7] Duit rm1000 yg setebal 20 keping note rm50 yg tersolit di wiper keto RR apsal tak terbang? Walhal lalu kek hiway nih. Dari RnR Temerloh sampai ke tol Bentong. Paham-paham la kan angin hiway ni mcm mano. Kuek bai.

- Mungkin wiper keto ey kuat.
- Mungkin jugak RR bwk keto slow. Rabun kan.
- Kemungkinan bosa RR sendiri baru shj melotakkan duit itu kek wiper utk diambil gmbr ey.

8] Ok kito tgk RR up story ni kek wall fbnya. RR post story ini beserta dgn 3 koping gmbr pd 19 Mei 2015 pukul 10.05 malam. Kemudian RR update dio dah sampai UKM pado hari yg samo iaitu 19 Mei 2015 pado pukul 11.41 malam. Apsal RR bulih up story ini dan postingnya ke dlm fesbuk semaso dio dlm perjalanan pulang ke UKM? Tak bulih tggu smpi UKM dan kemudian baru posting? Tggu esok pagi ke?

Sepatutnya RR dlm keadaan terkejut. Tadi RR mendakwa gmbr kakak dan baby itu tibo-tibo boleh blur dgn sendirinya. Sepatutnya RR dlm keadaan takut sobab kejadian aneh baru shj berlaku. Sdgkan dirinya sdg bersendirian. Malam pulak tuh. Malah RR sendiri mengaku meremang bulu roma dlm postingnya itu. Kalau den, den trus pecut balik jumpo kenkawan dulu sambil baco ayat Kursi. Takdo maso nak snap-snap gmbr bai. 

Tapi RR bulih pulak memberhentikan kenderaannya kemudian snap gmbr duit kek wiper tuh dari dalam. Dan kemudian keluar keto utk snap lagi satu gmbr kek luar la pulak. Lopeh tu masuk keto, kemudian on internet kek smartphone. Upload gmbr. Bukan satu, tapi tigo koping gmbr. Lalu tulis status utk update story psl 3 koping gmbr tadi kek fesbuk. Tak tahulah ketiko ini kenderaan RR pun 'smart' jugak. Boleh berjalan sendiri dari Bentong ke UKM. Paling best line internet tak mcm Ahmad Maslan. Laju mengalahkan Korea. Kalau den lah, den keluar keto, amik duit kek wiper tuh, trus masuk poket dan trus cabut. Takdo maso nak snap-snap gmbr dan takdo maso nak kiro jumlah duit yg dah masuk kek poket tadi.

9] RR bersendirian. Jadi takdo saksi yg boleh mensahihkan story RR. Kecuali akak tol yg nampak duit rm1000 kek wiper ey. Tapi takkan kito nak cari akak tol tuh semato-mato nak buktikan story RR ini benar atau bohong? Mano ado maso bai? Lagipun akak tol yg mano satu? Ramai akak tol yg kojo kek tol Bentong tuh. Akak tol pakai nametag tapi RR tak bgth kito sumo akan namo ey. Opps lupo lak. Dio kan rabun. Ngeee...

Kalau boto mmg ado duit rm1000 tersolit kek wiper keto RR, apo salah ey RR sedokah an sedikit duit itu kpd akak tol itu krn kalau bukan dio yg perasan, RR sampai kesudah takkan perasan akan duit seribu itu. Lagipun gaji akak tol bukannya byk. Ciput beb. Jikalau kakak dan baby di RnR Temerloh, RR boleh sedokah an sumo duit yg ado dlm purse ey kpd mrk, apsal kpd akak tol di Bentong, RR tak boleh sedokah pulak? 'Lempar' sekoping duit note rm50 drpd rm1000 pun jadilah. Takkan dapek duit rm1000, RR trus jadi kedekut kot.

10] Berdasarkan point-point yg den paparkan, apo pendapat korang? Bg den ini jelas satu penipuan. Walaupun niat RR baik nak galakkan org lain bersedokah tapi ini bukan caranya. Cara mcm ni boleh makan diri kau balik. Kredibiliti dan integriti kau bakal terjejas. Politician mcm KJ, Najib, Mahathir, nuar, Hadi, Rafizi, Nik Abduh dan mrk-mrk yg samo waktu dgnnya, walaupun mrk kaki kencing, mrk takkan kencing mcm RR.


------------------------------

Pandangan di atas dikarang oleh Ali Abu.

Sumber.


Berikut ialah jawapan2 dari RR sebelum artikel di atas ditulis.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Memang ramai gak la yang tak percaya pada cerita Rashidah. Sebab tue la si Rashidah neh terpaksa explain semula. Tapi selepas dia beri penjelasan lanjut, bukan orang tambah percaya, tambah ragu-ragu lagi ada.

Sampai jadi bahan troll.



HAHAHA.

Oke. Point aku simple je. Kita pernah naik kereta kan? Semua pernah naik la kan. Kalau ada yang tak pernah tue takpe la. Ini bagi yang pernah naik kereta dan reti pula bawa kereta. Benda pertama kita buat ialah duduk kat dalam kereta tue dan tengok apa? Dah tue, agak-agak kau mustahil ke tak mustahil untuk tidak nampak duit kat depan cermin kereta kau?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Ulang siar entri Sesi Mengumpat Story Derma RM100 Dapat RM1000. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sesi Mengumpat Story Derma RM100 Dapat RM1000. 4.5 5 Unknown Thursday, May 21, 2015 Sesi Mengumpat Story Derma RM100 Dapat RM1000. Sesi mengumpat story "Derma seratus lopeh tu ado org solit duit seribu kek wiper...


No comments:

Post a Comment