Remaja 15 Tahun Antara Yang Serah Diri Dalam Insiden Memijak Gambar Najib & Hadi.

 On Monday, September 7, 2015  

Remaja 15 Tahun Antara Yang Serah Diri Dalam Insiden Memijak Gambar Najib & Hadi.

Remaja 15 Tahun Antara Yang Serah Diri Dalam Insiden Memijak Gambar Najib & Hadi.


Dua peserta BERSIH yang didakwa memijak gambar perdana menteri dan presiden PAS hari ini tampil menyerah diri kepada Bukit Aman.
Ketua bahagian siasatan jenayah polis Zainuddin Ahmad mengesahkan mereka berbuat demikian pada jam 11 pagi ini, lapor China Press.
Kes itu disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mencetuskan kebimbangan awam.
Guang Ming Daily pula melaporkan gadis 15 tahun dan lelaki 20 tahun itu kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat dirakamkan.
Mereka dibenarkan beredar pada jam 4.05 petang.
Bapa gadis itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata anaknya hadir ke perhimpunan itu dengan kawan-kawan tanpa pengetahuannya.
Beliau meminta maaf atas tingkah laku itu. - Mkini.

Ulang siar entri Remaja 15 Tahun Antara Yang Serah Diri Dalam Insiden Memijak Gambar Najib & Hadi. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Remaja 15 Tahun Antara Yang Serah Diri Dalam Insiden Memijak Gambar Najib & Hadi. 4.5 5 Unknown Monday, September 7, 2015 Remaja 15 Tahun Antara Yang Serah Diri Dalam Insiden Memijak Gambar Najib & Hadi. Dua peserta BERSIH yang didakwa memijak gambar...


No comments:

Post a Comment