NOW Kini Disiasat PDRM Kerana Perolehi Dokumen YAPEIM Secara Tidak Sah Kata KPN.

 On Sunday, November 22, 2015  

NOW Kini Disiasat PDRM Kerana Perolehi Dokumen YAPEIM Secara Tidak Sah Kata KPN.

NOW Kini Disiasat PDRM Kerana Perolehi Dokumen YAPEIM Secara Tidak Sah Kata KPN.


Siasatan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) Pusat Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) atas kesalahan mendapatkan dokumen Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) secara tidak sah sudah dimulakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memetik laporan oleh The Malaysian Insider.

Laporan itu turut menyatakan bahawa Khalid berkata ianya susulan laporan polis yang dibuat Ketua Pengarah Eksekutif Yapeim Datuk Abibullah Samsudin Rabu lalu.

"Benar kita sudah memulakan siasatan. Atas salah guna atau kes menyalahgunakan kuasa dan ia di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Khalid kepada pengamal media.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada penangkapan yang dibuat kerana siasatan masih di peringkat awal.


Dalam laporan itu, Abibullah berkata tuduhan NOW ke atas Yapeim tidak berasas dan dokumen diperolehi kumpulan itu secara tidak sah ataupun secara curi.

Beliau turut menuduh Pengarah NOW Akmal Nasir kerana menyebarkan maklumat salah dan fakta dengan niat memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan institusi YAPEIM. - Sozcyili

Ulang siar entri NOW Kini Disiasat PDRM Kerana Perolehi Dokumen YAPEIM Secara Tidak Sah Kata KPN. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
NOW Kini Disiasat PDRM Kerana Perolehi Dokumen YAPEIM Secara Tidak Sah Kata KPN. 4.5 5 Unknown Sunday, November 22, 2015 NOW Kini Disiasat PDRM Kerana Perolehi Dokumen YAPEIM Secara Tidak Sah Kata KPN. Siasatan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) Pusat ...


No comments:

Post a Comment