Gulingkan Kerajaan Perbuatan Haram - Najib Razak.

 On Thursday, December 10, 2015  

Gulingkan Kerajaan Perbuatan Haram - Najib Razak.

Gulingkan Kerajaan Perbuatan Haram - Najib Razak.


Pihak-pihak tertentu yang mempunyai hasrat untuk menggulingkan kerajaan harus mengetahui bahawa hukum perbuatan mereka itu adalah haram di sisi Islam.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penegasan beliau itu adalah berdasarkan pandangan daripada mereka yang mempunyai pengetahuan luas dalam agama.
Perkara itu dipercayai ditujukan oleh Najib kepada ahli dan segelintir pemimpin UMNO yang cuba menjatuhkan kepimpinan beliau sebagai ketua kerajaan dan presiden parti selain serangan daripada pihak pembangkang.
Peringatan Najib itu juga dipercayai turut ditujukan kepada kumpulan pengkhianat yang ada dalam parti.
“Malangnya, ada sesetengah pihak (ahli parti) yang telah dan sedang menebuk lubang bahtera perjuangan ini, dengan tujuan menenggelamkan lawannya.
“Sayang seribu kali sayang, mereka terlupa bahawa tindakan khianat sedemikian, bukan setakat boleh melemaskan pihak lawannya, akan tetapi, akhirnya yang karam dan tenggelam, adalah seluruh bangsa keturunan dan tamadun kita ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.
Dalam pada itu Najib berkata, walaupun beliau diasak dari kiri dan kanan beliau tidak akan pernah tunduk dengan desakan itu, malah, akan mempertahankan UMNO untuk membela orang Melayu.
“Kata pepatah orang Bugis, sekali layar sudah dikembang. Saya berikrar bermati-matian akan terus memimpin perjuangan mulia ini, bagi membela orang Melayu dan Bumiputera,” katanya. - FMT.

Ulang siar entri Gulingkan Kerajaan Perbuatan Haram - Najib Razak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Gulingkan Kerajaan Perbuatan Haram - Najib Razak. 4.5 5 Unknown Thursday, December 10, 2015 Gulingkan Kerajaan Perbuatan Haram - Najib Razak. Pihak-pihak tertentu yang mempunyai hasrat untuk menggulingkan kerajaan harus meng...


No comments:

Post a Comment