NOW Kini Persoalkan Tindakan YAPEIM Wujudkan Pusat Sukan GOLF Simulator.

 On Thursday, December 17, 2015  

NOW Kini Persoalkan Tindakan YAPEIM Wujudkan Pusat Sukan GOLF Simulator.

NOW Kini Persoalkan Tindakan YAPEIM Wujudkan Pusat Sukan GOLF Simulator.

 
Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat mengenai skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) hari ini menuntut penjelasan berhubung keperluan agensi itu memiliki pusat sukan golf simulator yang dinamakan "Pusat Latihan INPUT Golf".

INPUT ialah singkatan bagi Institut Penyelidikan dan Perundingan Yapeim.

Pengarahnya Akmal Nasir berkata banyak persoalan timbul mengenai pusat sukan itu, memandangkan Yapeim berteraskan amal jariah sebagaimana penyataan misinya, iaitu "Membangun Ummah Melalui Beramal Jariah".

Beliau berkata, menurut laporan bajet yayasan itu bagi 2013, Kelab Sukan Korporat Yapeim mengadakan aktiviti permainan golf melibatkan kakitangannya dan agensinya, serta institusi luar, sebanyak 8 kali pada tahun tersebut.
"Laporan bajet itu menyatakan, termasuk bagi tujuan aktiviti sukan korporat dan program permainan golf adalah mewujudkan Pusat Sukan INPUT Golf Simulator melalui INPUT Yapeim.

"Ini termasuk mengenal pasti kelab golf bersesuaian bagi tujuan dijadikan Pusat Kegiatan dan Latihan Sukan Korporat Golf," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat NOW hari ini. – TMI.

Ulang siar entri NOW Kini Persoalkan Tindakan YAPEIM Wujudkan Pusat Sukan GOLF Simulator. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
NOW Kini Persoalkan Tindakan YAPEIM Wujudkan Pusat Sukan GOLF Simulator. 4.5 5 Unknown Thursday, December 17, 2015 NOW Kini Persoalkan Tindakan YAPEIM Wujudkan Pusat Sukan GOLF Simulator.   Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat mengenai skanda...


No comments:

Post a Comment