Menteri Cadang Cukai Minyak - Rafizi Kata Hentikan.

 On Thursday, January 21, 2016  

Menteri Cadang Cukai Minyak - Rafizi Kata Hentikan.

Menteri Cadang Cukai Minyak - Rafizi Kata Hentikan.


Saya terkejut membaca laporan Astro Awani semalam yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainuddin bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem penetapan harga petrol/diesel berasaskan harga lantai (“floor price”) memandangkan harga minyak mentah dunia terus menjunam.
Bagi mereka yang belum memahami, pengenalan harga lantai bagi petrol/diesel dalam keadaan harga minyak dunia terus menjunam bermaksud rakyat akan dicukai oleh kerajaan bagi pembelian setiap liter petrol/diesel. Mekanisme pelaksanaan adalah seperti berikut:
1. Harga lantai ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap satu liter petrol/diesel, contohnya RM1.60 seliter bagi RON95
2. Setiap bulan, harga purata pasaran ditentukan dengan menggunakan kaedah yang sama sekarang, contohnya bagi bulan Januari 2016 harga purata pasaran telah jatuh ke paras RM1.50 seliter bagi RON95
3. Bila harga purata pasaran itu lebih rendah dari harga lantai yang ditetapkan, rakyat akan tetap membayar harga lantai iaitu RM1.60 sen seliter walaupun harga sebenarnya adalah lebih rendah.
4. Perbezaan di antara harga sebenar dan harga lantai (dalam kes ini 10 sen seliter iaitu harga lantai RM1.60 tolak harga purata pasaran RM1.50) dikutip oleh kerajaan sebagai cukai
Mengambil kira bahawa jumlah penggunaan petrol/diesel setiap tahun adalah sekitar 30 bilion liter, jika kadar cukai ialah 10 sen setiap liter seperti di atas, kerajaan sedang mencongak untuk mengutip sekurang-kurangnya RM3 bilion setiap tahun dari rakyat.
Tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang secara senyap-senyap merancang untuk menghalang rakyat dari menikmati harga minyak yang rendah adalah terkutuk dan keji. Rakyat Malaysia sekarang sudah pun tidak dapat menikmati harga rendah yang sebenar kerana faktor kejatuhan nilai matawang ringgit yang menyebabkan harga minyak kekal tinggi berbanding negara-negara lain. Jika sistem harga lantai ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan terus dinafikan hak untuk menikmati harga minyak yang sebenar.
Saya tahu Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang pening kepala mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan kerajaannya yang boros dan membazir. Saya beri amaran supaya pelarasan Bajet 2016 yang bakal diumumkan beliau tidak sedikit pun menyentuh peruntukan rakyat atau memperkenalkan cukai tersembunyi seperti pelaksanaan sistem harga lantai begini.
Sekiranya sistem pelarasan harga lantai ini diperkenalkan juga, saya akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Harapan untuk menganjurkan demonstrasi membantah yang sudah tentu akan mendapat sokongan rakyat terbanyak.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Ulang siar entri Menteri Cadang Cukai Minyak - Rafizi Kata Hentikan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Menteri Cadang Cukai Minyak - Rafizi Kata Hentikan. 4.5 5 Unknown Thursday, January 21, 2016 Menteri Cadang Cukai Minyak - Rafizi Kata Hentikan. Saya terkejut membaca laporan Astro Awani semalam yang memetik kenyataan Menteri...


No comments:

Post a Comment