Nama Samaran Punca Pelombong Bauksit Sukar Dikesan - Menteri Sumber Asli.
Ya Allah, sabarkanlah jiwa-jiwa rakyat yang terus diperbodohkan menteri dari hari ke hari.
Amin.
Akai nak melepaskan diri. Walaupun alasan tahap gampang pun takde masalah. Janji lepas tengkuk sendiri.
Nama samaran VS kelengkapan, kemahiran, sumber, kepakaran, maklumat, networking, undang-undang & penguatkuasa, kau rasa logik ke nama samaran itu memang akhirnya sehingga berjaya meloloskan diri dari hukuman?
Nama samaran hanya melibatkan nama panggilan.
Tapi nak bayar gaji pemandu, nak bayar duit pada pemilik tanah, mesti ada dokumentasi.
Takan tu pun nak ajar satu persatu?
Aiyooo.
Macam neh punya pemikiran pun boleh jadi menteri?
Kalau begitu level-level aku neh standard PM ke apa?
Cis betul la menteri kau neh. Cis.
Perlombongan bauksit secara haram di Kuantan, Pahang diibaratkan sama seperti perjudian haram yang mana 'tauke' yang menjalankan kegiatan itu berjaya meloloskan diri dan sukar untuk dikesan dan ditangkap.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada kebiasaannya, operator dan pekerja mudah ditahan untuk siasatan dalam setiap insiden.
"Pasal bauksit haram ini hampir sama macam perjudian haram, saya pernah alami keadaan ini ketika di Kementerian Dalam Negeri.
"Operator dan pekerja kita senang lihat, tapi tauke yang membiayai projek ini payah dicari.
"Bila kita buat tangkapan, pemandu, pekerja bawahan ditangkap, tapi bukanya tangkap tauke," katanya selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan dan Pegawai Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mendakwa pihak penguatkuasa negeri sudah pun menjalankan tugas namun pelombong haram tidak dapat ditangkap kerana sudah melarikan diri.
Adnan mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai cukup sumber manusia, bukannya mengamalkan sikap berlengah tetapi ia menjangkau keupayaan pihak berkuasa yang menyebabkan sukar untuk menghentikan perlombongan bauksit haram.
Tambah Wan Junaidi, terdapat juga masalah kesamaran nama tauke yang menyewa tanah kerana mereka tidak menggunakan nama sebenar, sebaliknya menggunakan nama samaran atau nama panggilan harian.
Menurutnya, kini soal tangkapan tidak lagi penting, sebaliknya fokus beliau adalah untuk mengatasi masalah bauksit ini selain mengawal permit perlombongan bauksit yang akan dipantau oleh Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Azizan Ahmad. - MalaysiaGazette
Ulang siar entri Nama Samaran Punca Pelombong Bauksit Sukar Dikesan - Menteri Sumber Asli. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment