Sirul, Cawangan Khas Kantoi Kaw2 Dengan Pendedahan Akhbar The Australian.
Seorang perunding penghijrahan yang membantu pesalah kes bunuh, Sirul Azhar Umar menginap di Australia, mengancam untuk menceritakan segalanya jika bekas komando polis Malaysia itu menyebut namanya dalam pendedahan yang akan datang.
Akhbar The Australian memetik Robert Kandralingam Chelliah berkata, beliau akan mendedahkan tahap akses yang diberikan kepada pegawai Malaysia berpangkat tinggi kepada Sirul, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.
Beliau berkata jika Sirul cuba mempolitikkan bantuan profesional yang diberikannya, akan terjadi pertikaian yang serius dan beliau akan terpaksa mendedahkan perbualan mereka termasuk yang berlangsung dengan peguam Malaysia.
"Saya sangka seseorang dalam tahanan tidak akan diberikan platform bebas untuk menyebarkan versi cerita beliau.
"Jika Jabatan Imigresen tidak tahu sejauh mana kebebasan komunikasi Sirul dengan dunia luar... bermakna mereka sudah ketinggalan dalam tugas mereka," kata Chelliah, menurut laporan itu.
Ini berikutan siri rakaman video Sirul disiarkan portal Malaysiakini, di mana dalam salah satu daripadanya, Sirul didakwa mendedahkan nama mereka yang kononnya cuba merasuah atau memujuknya mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Satu sumber dikatakan memberitahu portal berita itu, 5 nama disebut Sirul.
Pada Februari tahun lepas, Sirul dilaporkan berkata, dia bertindak mengikut arahan ketika membunuh Altantuya dan "pembunuh sebenar" masih bebas .
Dia dijatuhi hukuman mati kerana membunuh tetapi melarikan diri keluar dari Malaysia sebelum keputusan mahkamah dibuat.
Beliau kemudiannya ditahan pihak imigresen Australia.
Terdahulu, akhbar itu memetik Chelliah berkata, beliau menasihatkan Sirul, satu-satunya cara memastikan dia dapat terus tinggal di Australia ialah dengan memperolehi visa perlindungan.
Bagi mendapatkan visa, Sirul perlu mendedahkan kepada imigresen siapa yang memberi arahan kepadanya, serta meyakinkan mereka ia adalah satu kesilapan yang dilakukan akibat faktor luaran di luar kawalannya.
"Ya, saya ada cuba memujuknya mendedahkan kebenaran supaya dia mendapat kebebasan. Saya tekankan kepadanya betapa dia perlu menyatakan kebenaran, meyakinkan menteri imigresen yang dia bukan seorang penjenayah.
"Proses ini dirampas oleh pelbagai kepentingan Cawangan Khas Malaysia dan sistem politik Malaysia," kata Chelliah - TMI
Ulang siar entri Sirul, Cawangan Khas Kantoi Kaw2 Dengan Pendedahan Akhbar The Australian. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment