Lim Kit Siang Terlalu Sedih DAP, PKR Bertembung Di Sarawak.
Beliau tersangat dukacita melihat dua komponen terkuat Pakatan Harapan berlaga dan bertembung untuk beberapa kerusi dalam pilihan raya Sarawak.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat DAP hari ini, pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa sedih apabila menyaksikan PKR tidak mahu mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui dengan DAP.
Terdahulu, anaknya Lim Guan Eng mengatakan DAP berasa telah ditipu PKR. Kini, Kit Siang berkata tidak pernah berasa sesedih ini.
“Saya tersangat sedih dengan apa yang berlaku ketika penamaan hari ini. Kita berhempas-pulas sejak lapan tahun lalu, untuk membina gerakan yang kuat yang boleh menggantikan BN di Sarawak dan Malaysia, telah mengalami halangan yang besar.
“Malang sekali pimpinan PKR tidak boleh berpegang kepada persetujuan yang telah diikrarkan oleh kedua belah pihak.”
Kegagalan rundingan antara DAP dan PKR menyaksikan dua parti rakan itu bertembung di enam kerusi iaitu Mulu, Mambong, Murum, Simanggang, Ngemah dan Batu Kitang.
Meskipun Kit Siang enggan menjawab soalan bagaimana kedua parti itu merancang untuk mengenepikan perbalahan ini dan bekerjasama dalam pilihan raya, ahli politik veteran itu berkata semua yang berlaku bukan salah DAP.
“Semalam, seorang pemimpin PKR meminta DAP kembali ke meja rundingan. Saya tahu DAP tidak pernah meninggalkan meja rundingan itu. Kita telah capai suatu persetujuan, dan persetujuan itu telah ditandatangani dan persetujuan itu sepatutnya menjadi sandaran kepada PH dalam pilihan raya Sarawak ini.
“Tumpuan adalah pada BN, bukan PKR. Di kesemua enam kerusi (yang menjadi pertikaian) itu, saya nasihatkan semua ahli DAP supaya tumpu pada BN dan jangan ganggu PKR.
“Biar rakyat tentukan siapa betul, siapa salah. Samada PH boleh kembali seperti biasa atau tidak…kita akan tangani perkara itu selepas 7 Mei,” kata Kit Siang.
Beliau mengakui bahawa pertelingkahan secara terbuka telah menjejaskan pakatan itu dan DAP perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan semula kepercayaan pengundi.
“Saya yakin orang ramai berasa kecewa kerana mereka nampak pasukan yang bersatu dan padu ini, yang boleh mempertanggungjawabkan pemerintah BN, telah mengalami halangan.
“Menafikan majoriti dua pertiga merupakan sasaran yang wajar walaupun pada ketika ini saya percaya ia tidak mudah dicapai memandangkan apa yang telah berlaku (antara kedua parti).”
Bagaimanapun, beliau berharap PH akan mampu mengetengahkan barisan yang bersatu padu. -FMT.
Kalau baca respon-respon netizens, yang menyalahkan DAP dan PKR lebih kurang sama banyaknya. Berikut antara yang mengkritik PKR yang mana PKR memang patut take note.
Baca ;
PRN Sarawak, apa dah jadi kpd Pakatan Harapan?Satu je den nak sebut. PKR mmg pukimak. Dulu PKR dianggap sbg org tongah kpd DAP & PAS. Bilo PAS keluar Pakatan Rakyat, sebahagian drpd PKR masih lagi bersekutu dgn PAS. Maksudnya, harapan utk rakyat lihat satu lawan satu dgn BN masih lagi berbungo. Tapi bilo tgk PRN Sarawak, harapan tu dah jadi bungo taik ayam.Di PRN Sarawak, PAS letak 11 calon. PAS tahu dio akan bertembung dgn BN dan juga PH, tapi tak sangko dio akan bertembung dgn PKR. Ini bermakno PKR tak respek pun ikatan yg ado pd mrk dgn PAS. Den tgk Wan Azizah mcm lopeh tangan dan kelihatan Azmin yg mendominasi percaturan PKR di PRN Sarawak. Bilo org ckp PAS dan PKR masih lagi bertahaluf, maksud PKR dlm ayat tadi ialah Azmin and the gang. Azmin bukan setakat khianat pd PAS, tetapi juga dgn DAP. PKR dan DAP bertembung di PRN Sarawak sebanyak 6 kerusi! Cilako jenis apokah ini?Memanglah Azmin ckp dio bg kuaso autonomi kpd PKR Sarawak (baco Baru Bian) tapi bilo timbul masalah bosa mcm pertindihan kerusi sesamo PH, Azmin kono masuk campur supayo matlamat 1 lawan 1 dgn BN kekal. Kalau tak apo guno kau jadi Timbalan Presiden PKR? Yg herannya, antara matlamat utamo Pakatan Harapan ditubuhkan ialah nak elak pertembungan sesamo sendiri di dlm mano-mano pilihanraya. Tapi matlamat itu kini telah dicabuli dlm PRN Sarawak. Ini sbnrnya memberi maksud bhw pelancaran PH aritu cumo nak menipu rkyt shj. PH nak memancing undi rakyat tetapi mrk sendiri boleh mencabuli perjanjian sesamo mrk. Kalau perjanjian dgn sesamo rakan komponen mrk boleh cabuli, mako tak heranlah mrk boleh mencabuli perjanjian mrk dgn rakyat selopeh ini.Mcm biaso Wan Azizah takdo guno satu sen pun dulu, kini dan selamanya. Dio bukan shj tak boleh kontrol PH, malah tak boleh kontrol parti sendiri. Tak tegas. Itu pasal Azmin Ali amik alih PKR mcm parti bapak dio sendiri. Tapi bilo Azmin Ali amik alih, dio bukan ey boleh jago kualiti PKR. Itu psl kito tgk PKR boleh bagi kemenangan percumo kpd BN di 2 buah kerusi. PKR pilih calon mcm gampang. Main-main. Mcm mano rkyt nak konfiden dgn PKR lopeh ni? Seorg calon PKR tak hadir. Seorg lagi pulak bangkrap. Yg tak hadir tu kito pahamlah sobab dah kono boli. Tapi mcm mano kau boleh pilih yg bangkrap ni bangang? Camno korang tapis calon-calon korang kek Sarawak? Nak heran ape, dulu kek Perak posmen pun boleh jadi calon. Babi PKR.(rujuk)
Ulang siar entri Lim Kit Siang Terlalu Sedih DAP, PKR Bertembung Di Sarawak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment