Papa Gomo Dihantar Pulang Sebaik Tiba Di Sarawak - Individu Kedua Dari UMNO YG Diban.
Macam wayang. Almaklumlah sejak-sejak cif menteri umum tarikh DUN Sarawak bubar macam-macam janji PRN ditaburkan di Sarawak oleh BN. Adekah pengundi-pengundi Sarawak akan termakan dengan taktik dan propaganda dari BN? Sama-sama tunggu dan lihat nanti hasilnya.
Blogger kontroversi, Papagomo dihantar pulang sebaik tiba di Sarawak, hari ini.
Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dinafikan daripada menjejak masuk ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Wan Muhammad Azri, yang juga ahli jawatankuasa Umno bahagian Wangsa Maju, tiba di Kuching dengan pesawat AirAsia penerbangan AK8672 dari Kuala Lumpur pada jam 2 petang.
Menurut notis penolakan masuk yang dilihat oleh Malaysiakini, Wan Muhammad Azri dihalang mengikut Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63.
"Pihak berkuasa negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada tuan untuk memasuki Negeri Sarawak dan pas tersebut diperlukan untuk tuan memasuki negeri ini selaras dengan kehendak Seksyen 66 akta yang sama,” kata notis itu.
Papagomo menyertai senarai panjang ahli politik dan aktivis yang dihalang ke Sarawak menjelang pilihan raya negeri pada 7 Mei ini.
Hampir 20 wakil rakyat pembangkang juga dilarang menjejaki ke negeri itu.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Yaakob berkata, larangan berkenaan perlu demi mengekalkan keharmonian di negeri itu dan ia terpakai kepada kedua-dua pihak.
Selain Papagomo, tokoh lain dari parti pemerintah yang dilarang adalah Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.
Walau bagaimanapun, setakat ini, belum ada wakil rakyat parti pemerintah yang dihalang ke Sarawak LAPOR MALAYSIAKINI.
Ulang siar entri Papa Gomo Dihantar Pulang Sebaik Tiba Di Sarawak - Individu Kedua Dari UMNO YG Diban. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment