Wahai Mat Rempit Sekalian, Jadilah Seperti Khairul Idham Pawi.
Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada anak muda Malaysia yang bernama Khairul Idham anaknya Pawi. Bukan setakat mak bapak dia je berbangga kita yang menjadi rakyat Malaysia neh pun turut berbangga sebab dia mencipta rekod yang baik untuk negara. Bukan macam Najib anak beranak tu. Hihihihi..
Lihat video ;
Selepas berita kemenangan Khairul Idham dilaporkan, ramai netizen memuji anak muda berusia 17 tahun tersebut bahkan namanya turut digoogle oleh netizens bagi yang mahu mengenalinya dengan lebih rapat..
Aksinya yang mengelak dari semburan botol arak turut menjadi pujian umum terutamanya muslim di Malaysia dan tindakannya itu dihormati oleh pihak penganjur denga menghentikan semburan tersebut.
Semoga mat-mat rempit seluruh Malaysia mengambil ilham dari apa yang direkodkan oleh Khairul Idham. Salurkan bakat dan minat berlumba secara betul di litar dan bukannya buang nyawa di atas jalanraya..
4 April (Bernama) -- Khairul Idham Pawi mencipta sejarah apabila menjadi pelumba Malaysia memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal pagi ini.
Pelumba berusia 17 tahun dari pasukan Honda Team Asia ini mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo.
Pelumba Sepanyol, Jorge Navarro yang mewakili pasukan Estrella Galicia 0,0 Honda dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 42'1.622 saat dan 42'5.512 saat.
Seorang lagi penunggang Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 walaupun terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan.
Khairul Idham yang beraksi buat kali ketiga dalam Moto3 teruja dengan kemenangan tidak dijangka itu.
"Saya gembira dan bersukur dengan keputusan ini dan teruja dengan kemenangan pertama ini. Saya tidak rasa tertekan. Saya mencuba yang terbaik untuk fokus dan mendahului perlumbaan," katanya.
Pelumba muda ini mencipta pusingan keempat terpantas dalam sesi kelayakan pada Sabtu tetapi turun ke tangga ketujuh dalam grid permulaan selepas menerima penalti kerana menunggang perlahan dalam sesi latihan bebas pada Jumaat.
Kemenangan ini menyaksikan Khairul Idham memungut 25 poin untuk berada di tempat keempat sementara Adam kekal di tangga ke-19 dengan lima poin selepas leg kedua kejohanan.
Litar Amerika di Texas Tengah, Amerika Syarikat akan menjadi leg ketiga dari 8 hingga 10 April ini.
-- BERNAMA
Ulang siar entri Wahai Mat Rempit Sekalian, Jadilah Seperti Khairul Idham Pawi. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment