Ya, Elnino Punca Bil Elektrik Anda Melambung - Ikuti Penjelasan Dari TNB Ini.
4,5 bulan neh bil elektrik rumah aku memang naik. Tapi yang betul-betul nampak macam naik mendadak start dari bil bulan 2. Dan bil rumah sedara serta jiran-jiran berdekatan pun sama. Dalam kepala hotak fikir kerajaan naikkan tarif elektrik secara senyap-senyap. Apala nasib kata aku dalam ahti.
Kemudiannya viral satu status TNB yang memaklumkan fenomena Elnino adalah punca kepada kenaikan bil elektrik pada sesetengah pengguna yang mana aku percaya terutama yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas teruk.
Penjelasan di atas dibuat kerana respon kepada aduan salah seorang pengguna facebook yang mengadu bahawa bil elektriknya melambung tinggi dan apakah ianya kerana TNB menaikkan tarif elektrik tanpa disedari pengguna.
TNB menafikan berlakunya sebarang kenaikan. Susulan dari respon tersebut, TNB ditroll kerana mengaitkan cuaca/fenomena alam bil elektrik pengguna melambung. Rata-rata netizens menyindir TNB dengan pelbagai cara.
Dan berikut ialah penjelasan kenapa Elnino boleh menyebabkan bil elektrik pengguna naik secara mendadak ;
HUBUNGKAIT EL NINO DAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
========================================
========================================
Semalam kecoh dan viral di media sosial mengenai bil TNB yang melambung naiksehinggakan melebihi 100% oleh netizen. Disini saya terangkan secara ringkas situasinya:
Q: Saya buka aircon macam biasa juga dulu dan sekarang. Kenapa sekarang bilnya melambung?
A: Perkara ini terjadi disebabkan oleh 2 faktor yang berbeza.
1. Faktor suhu persekitaran - Pada waktu biasa suhu persekitaran hanya sekitar 26°-28°C. Apabila pengguna menetapkan suhu aircon pada 22°C, compressor hanya perlu bekerja untuk perbezaan suhu 4°-6°C sahaja. Berbeza pula pada waktu sekarang dimana el nino ini telah menyebabkan suhu persekitaran meningkat sehingga 40°C. Walaupun dakwaan mengatakan masih menggunakan setting yang sama pada aircon (22°C), compressor perlu bekerja dengan lebih keras untuk mencapai suhu 22°C tersebut kerana sekarang perbezaan suhu yang compressor perlu beri adalah sebanyak 18°C.
2. Faktor blok tariff elektrik - Ramai pengguna yang tidak sedar tariff elektrik dibahagikan mengikut blok (rujuk gambar). Sebagai contoh 1 rumah selalunya menggunakan 300kWh sebulan. Bermakna bil bulanannya hanya RM77 [(200kWh × 0.218)+(100kWh × 0.334)]. Lain pula di waktu el nino penggunaan 1 rumah tersebut telah bertambah ke 500kWh (pertambahan sebanyak 200kWh dari biasa). Bil bulanannya akan berjumlah RM180.20 sebelum GST [(200kWh × 0.218)+(100kWh × 0.334)+(200kWh × 0.516)].
*GST hanya dikenakan pada penggunaan 300kWh keatas sahaja*
Q: Saya tiada aircon dirumah, tidur pun pakai kipas sahaja macam mana bil elektrik boleh naik juga?
A: Walaupun dirumah tiada aircon tapi semestinya ada peti ais. Peti ais juga menggunakan konsep yang sama dengan aircon dimana compressor perlu bekerja untuk mendapatkan suhu yang optimum di dalam peti ais.
Jadi kesimpulannya, TNB bukan pergi usik meter pengguna untuk keuntungan semata-mata, semua tertakluk pada penggunaan elektrik masing-masing dirumah. Untuk menjimatkan elektrik ada baiknya sekiranya sebelum ini suhu aircon pada 22°C sekarang boleh dikurangkan kepada 24°C ataupun sekiranya set timer 6 jam boleh dikurangkan kepada 3 jam. Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan penggunaan elektrik dirumah.
TNB juga mencatatkan penggunaan tenaga tertinggi pada 12 April 2016 yang lepas kerana faktor el nino ini iaitu pada 17,000MW maximum demand sehari. Sedangkan pada waktu biasa penggunaan hanya pada 12,000MW.
Farezshafiq Yeen
TNB
TNB
(rujuk).
------------------------------
Dah heboh di page sana sini bil elektrik meningkat bulan ni. Ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB sohabat saya nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing masing akan faham. Insya allah.
Saya sertakan satu formula elektrik, Joule's Law
H = i^2 x r X t
Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.
Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. Elektrik kita tak boleh nampak, jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB Careline bagi keterangan sebab kesan dari El Nino.
Contoh mudah:
Peti ais.
Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. Satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. Untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.
Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. Satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. Untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.
Jadi, cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram
0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. Ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.
Dalam fenomena El nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.
Jadi, dalam situasi sama semasa fenomena El nino, 0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.
Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je El nino, terus naik jadi 30.168kJ. Ni dari segi teori. Praktikal pulak lebih dari jumlah ni.
Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.
Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna compressor. Aircond juga sama. Jika dulu kita set 20°. Sekarang tetap tidak berubah 20°. Tetapi disebabkan cuaca panas, compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°. Sama juga dengan peti ais. Kita tak pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik mendadak, compressor perlu bekerja lebih. Ini yang kita perlu terangkan pada pengguna.
Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.
Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. Ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak, ia juga bagi kesan bil elektrik meningkat. Kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga. Ada kes aircond terbakar sebab wayar terlalu panas.
Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tarif elektrik. Harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tarif. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak, maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. Ramai pengguna yg heboh heboh di media sosial ni kerana kurang faham tentang tarif elektrik untuk kediaman mereka.
Harapnya lepas ni rakyat Malaysia lebih berilmu dan kurang tuding jari salahkan pihak lain.
-Biro Lajnah Elektrik Cawangan Ipoh
(rujuk)
Ulang siar entri Ya, Elnino Punca Bil Elektrik Anda Melambung - Ikuti Penjelasan Dari TNB Ini. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment