Ini Status FB Terakhir Rohana Sebelum Ditemui Mati Dengan 2 Anaknya..

 On Wednesday, July 20, 2016  

Ini Status FB Terakhir Rohana Sebelum Ditemui Mati Dengan 2 Anaknya..

Ini Status FB Terakhir Rohana Sebelum Ditemui Mati Dengan 2 Anaknya..


Surirumah, Rohana Mohamad, 37, yang ditemui mati tergantung selepas dipercayai meracun dua anak lelakinya di rumah mereka di Kampung Baru, Kota Samarahan malam semalam sempat mengemaskinikan status Facebook miliknya tiga hari lalu. 

Antara lain, beliau dalam nada sedikit beremosi memohon maaf kepada anggota keluarga, sanak saudara dan rakannya sempena Aidilfitri, selain meminta dihalalkan makan minumnya serta dua anak lelakinya. 

"Assalamualaikum, ...selamat malam semua keluargaku saudaraku, tidak lupa buat kawan-kawan yang mengenali diri ini. "Sempena 12 Syawal yang mulia ini, aku dan anak-anak memohon seribu kemaafan seandainya ada salah dan silap, ...halalkan makan dan minum serta apa yang kami terpakai selama ini. "Salam sayang selalu dari aku dan anak-anak. Ingat kami dalam doa kamu, .... Wassalam," katanya dalam status yang dimuatnaik pada 17 Julai lalu bersama gambar terbarunya bersama dan dua anak lelaki. 

Dalam kejadian jam 8 malam semalam, Rohana yang ditinggalkan suami sejak tujuh bulan lalu ditemui mati tergantung dalam tandas di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Kota Samarahan. Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui dua anak lelakinya, Adam Hadiman Noorahman, 7, dan Mohd Ikmal Danish Noorahman, 4, dalam bilik tidur dengan keadaan muka pucat dan bibir hitam. 

Rohana dan Adam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Ikhmal dilaporkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan. 

Turut ditemui di lokasi kejadian botol cecair peluntur pakaian yang dipercayai digunakan bagi meracun dua kanak-kanak malang berkenaan. Difahamkan, jenazah tiga sekeluarga ini masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

Kejadian diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis Sarawak tidak menolak wujud elemen jenayah dalam kejadian ini dan siasatan terperinci sedang dijalankan. - Berita Harian.

Ulang siar entri Ini Status FB Terakhir Rohana Sebelum Ditemui Mati Dengan 2 Anaknya.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ini Status FB Terakhir Rohana Sebelum Ditemui Mati Dengan 2 Anaknya.. 4.5 5 Unknown Wednesday, July 20, 2016 Ini Status FB Terakhir Rohana Sebelum Ditemui Mati Dengan 2 Anaknya.. Surirumah, Rohana Mohamad, 37, yang ditemui mati tergantung sel...


Related Post:

  • Dikecam Kerana Bina Kuil Depan Flat. Dikecam Kerana Bina Kuil Depan Flat. Kerajaan Negeri Johor digesa untuk menyiasat pembinaan sebuah kuil berhadapan sebuah rumah flat yang tular sejak semalam. Kuil tersebut dibina betul-betul berhadapan sebuah rumah dan menghalang laluan kelua… Read More
  • Pekerja Restoran Ditampar Kerana Menegur Pelanggan Merokok.. Pekerja Restoran Ditampar Kerana Menegur Pelanggan Merokok.. Seorang pekerja restoran nasi kandar di Seksyen 25 di Shah Alam ditampar pelanggan yang tidak berpuas hati selepas ditegur agar tidak menghisap rokok di dalam kedai berkenaan. Ketua… Read More
  • Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih! Oleh : Aliff Ahmad II Kembalikan RON91/92, biar rakyat memilih!   Antara perkara yang gua kesal dan marah dekat Najib Razak adalah dia menghapuskan RON91/92 apabila dia menaiki tampuk pemerintahan … Read More
  • Pelanggan Teksi Pun Ada Yang Bangang Dan Kurang Ajar.. Pelanggan Teksi Pun Ada Yang Bangang Dan Kurang Ajar.. Oleh : Hasmuhaimin Din Gulam Ok, aku dah masuk ke dalam kokpit aku. Pegang saja stereng, automatik aku dapat rasa aura supir dah mula mengalir keseluruh tubuh untuk aku kembali menulis pasal… Read More
  • Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Larangan Merokok Di Tempat Awam, MP PAS Bagi Sokongan Penuh Pada KKM. Ahli Parlimen Pasir MAS, Ahmad Fadhli Bin Shaari menyokong penuh tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaksanakan undang-undang larangan merokok di tempat awam.  … Read More

No comments:

Post a Comment