Bil Air Kini Dicaj Dengan GST, Rafizi Minta Kerajaan Hentikan Kerja Mengarut Atau Bakal Berdemo.

 On Monday, September 26, 2016  

Bil Air Kini Dicaj Dengan GST, Rafizi Minta Kerajaan Hentikan Kerja Mengarut Atau Bakal Berdemo.

Bil Air Kini Dicaj Dengan GST, Rafizi Minta Kerajaan Hentikan Kerja Mengarut Atau Bakal Berdemo.



Tindakan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas bekalan air terawat dan perkhidmatan pembekalan air perlu dihentikan bagi mengurangkan beban ditanggung oleh rakyat.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau mendesak supaya satu arahan dikeluarkan segera bagi membatalkan perintah kutipan GST untuk bekalan air ke kediaman dan kemudahan rakyat miskin.

“Bukan sahaja tindakan ini melampaui batas kerana mensasarkan kutipan GST dari golongan miskin dan kurang bernasib baik, malah pelaksanaan kutipan cukai itu ke atas bekalan air ini dibuat secara senyap-senyap tanpa dihebahkan lebih awal kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rafizi berkata demikian merujuk kepada surat dari Jabatan Air Negeri Sabah bertarikh 13 September lalu kepada semua jurutera air bahagian mengenai pelaksanaan kutipan GST ke atas bekalan air terawat dan perkhidmatan membekalkan air.

Selain itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghentikan segera sebarang perjalanan menggunakan jet peribadi, helikopter atau apa-apa kemudahan perjalanan udara khusus untuk beliau, isteri dan menteri-menteri.

“Sekiranya kedua-dua ini tidak menerima apa-apa maklum balas dalam masa terdekat, saya akan mengatur supaya tunjuk perasaan mendesak membatalkan GST ke atas bekalan air di rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan lain-lain diadakan bermula dengan kawasan saya di Pandan yang mempunyai banyak rumah pangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan bahawa kerajaan tidak mengutip cukai dari urus niaga bernilai berbilion ringgit yang melibatkan orang kaya iaitu keuntungan dari jual beli saham berikutan negara ini tidak mempunyai Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax).

Oleh sebab itu, beliau berkata tindakan mengutip cukai dari bekalan air ke rumah pangsa, masjid, rumah kebajikan dan perkhidmatan bekalan dan penyambungan air adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima.

“Saya ingin ingatkan Datuk Seri Najib bahawa saya dan sahabat dari Pakatan Harapan telah memberi amaran sejak tahun 2010 lagi bahawa memperkenalkan GST akan membantutkan perbelanjaan rakyat dan seterusnya membawa kesan kepada pertumbuhan ekonomi serta keupayaan kerajaan mengutip cukai bagi menampung perbelanjaan negara,”katanya. - Sinar Harian

Ulang siar entri Bil Air Kini Dicaj Dengan GST, Rafizi Minta Kerajaan Hentikan Kerja Mengarut Atau Bakal Berdemo. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bil Air Kini Dicaj Dengan GST, Rafizi Minta Kerajaan Hentikan Kerja Mengarut Atau Bakal Berdemo. 4.5 5 Unknown Monday, September 26, 2016 Bil Air Kini Dicaj Dengan GST, Rafizi Minta Kerajaan Hentikan Kerja Mengarut Atau Bakal Berdemo. Tindakan kutipan cukai barang dan p...


Related Post:

  • Gambar2 Tetulang Konkrit MRT Pula Jatuh Dari Lori. Gambar2 Tetulang Konkrit MRT Pula Jatuh Dari Lori.Nasib baik takde kenderaan kat belakang lori tue. Kalau ada? Tak pasal2 membahayakan nyawa orang. Lagi satu. Ini bukan kali pertama lori yang bawa bahan binaan membahayakn nyawa pengguna jalanraya. … Read More
  • Nizar Jamaluddin Didakwa Kerana Menfitnah Najib Razak. Nizar Jamaluddin Didakwa Kerana Menfitnah Najib Razak. DS Mohd Nizar Jamaluddin hari neh menjalani perbicaraan mahkamah atas satu kes yang mana dia didakwa telah melakukan satu perbuatan fitnah terhadap Najib Razak pada tahun 2012. Bekas Menteri… Read More
  • Wanita Bertudung Berat Mahu Saman.. Wanita Bertudung Berat Mahu Saman..Sebenarnya betul juga point dia. Walaupun dia beratkan kepala dia dengan berlapis2 lilitan untuk tutup rambut dia, still dia masih jaga aurat. Bukan mendedahkan aurat dia. Oleh kerana itu kepala dia, tudung dia da… Read More
  • Lagi Kes Belasah Pelajar - Gara2 Komen Di Twitter. Lagi Kes Belasah Pelajar - Gara2 Komen Di Twitter.14 pelajar senior yang p belasah budak tingkatan 3 tue patut dimasukkan ke dalam sekolah juvana. Mental gamaknya. Agak2 la nak tunjuk pailang pun. Takan sampai amek nyawa orang. Nasib baik tak mati … Read More
  • Wajah Lelaki Yang Tersangkut Cincin Di Kemaluan Tersebar. Wajah Lelaki Yang Tersangkut Cincin Di Kemaluan Tersebar. Gambar yang diambil mungkin atas tujuan perubatan dan rujukan. Yang neh aku boleh faham. Tapi apa perlu menyebarkan ia pula ye? Kronologi. 1. Mula2 pihak bomba laporkan satu kes pelik d… Read More

No comments:

Post a Comment