32k Tu Sebut Harga Je Kata Pengusaha Selepas Kantoi - Darul Rizqi Kini Ditutup, Didenda 500.

 On Monday, October 17, 2016  

32k Tu Sebut Harga Je Kata Pengusaha Selepas Kantoi - Darul Rizqi Kini Ditutup, Didenda 500.

32k Tu Sebut Harga Je Kata Pengusaha Selepas Kantoi - Darul Rizqi Kini Ditutup, Didenda 500.





Pusat perubatan Islam yang viral di Facebook selepas mengenakan caj melampau RM32,800 dikenakan denda RM500 oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).
Pusat itu yang terletak di Taman Serkam Ria di sini didapati beroperasi tanpa lesen perniagaan dan menaikkan iklan tanpa permit, lapor Harian Metro.

“Dakwaan pengusaha terbabit bahawa menjalankan aktiviti perniagaan di rumah sendiri tidak perlu mendapatkan lesen adalah salah.

“Lelaki itu dikenakan kompaun RM250 bagi setiap kesalahan, selain turut diarahkan menurunkan iklan tergantung di rumah terbabit dengan segera,” kata yang dipertua MPJ Shadan Othman.


Ia juga diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jabatan Agama Islam Melaka, lapor Kosmo!.

Akhbar itu juga melaporkan pusat perubatan alternatif itu menutup operasinya serta-merta kerana “menyinggung” perasaan umat Islam dan turut memohon maaf.

“Pihak pengarah syarikat kami menutup serta-merta bagi memuaskan hati warga Malaysia yang telah tersinggung,” kata syarikat itu seperti dilaporkan.

Namun semakan ProjekMMO hari ini mendapati blog yang menyiarkan kenyataan tersebut tidak lagi dapat diakses.

Minggu lalu, satu resit kos rawatan yang dicaj terhadap seorang pesakit wanita berjumlah RM32,800 tersebar di media sosial, lalu menimbulkan kemarahan orang ramai.

Pengusahanya bagaimanapun mendakwa jumlah itu sebagai “sebut harga” dan caj sebenar hanyalah RM5,100.

Tidak mampu membayar kos itu dengan tunai, seperti tercatat pada resit, wanita tersebut menggunakan rantai tangan berharga RM4,800 untuk melunaskan caj tersebut. - Malaymail


Ulang siar entri 32k Tu Sebut Harga Je Kata Pengusaha Selepas Kantoi - Darul Rizqi Kini Ditutup, Didenda 500. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
32k Tu Sebut Harga Je Kata Pengusaha Selepas Kantoi - Darul Rizqi Kini Ditutup, Didenda 500. 4.5 5 Unknown Monday, October 17, 2016 32k Tu Sebut Harga Je Kata Pengusaha Selepas Kantoi - Darul Rizqi Kini Ditutup, Didenda 500. Pusat perubatan Islam yang viral di ...


No comments:

Post a Comment