Anak-Anak Mangsa Nahas DUKE Ditipu Oleh Pakcik Sendiri Dakwa Ahli Keluarga - Duit Sumbangan Langsung Tak Diberikan Pada Yang Berhak!

 On Wednesday, October 19, 2016  

Anak-Anak Mangsa Nahas DUKE Ditipu Oleh Pakcik Sendiri Dakwa Ahli Keluarga - Duit Sumbangan Langsung Tak Diberikan Pada Yang Berhak!

Anak-Anak Mangsa Nahas DUKE Ditipu Oleh Pakcik Sendiri Dakwa Ahli Keluarga - Duit Sumbangan Langsung Tak Diberikan Pada Yang Berhak!

Mei tahun lepas media sosial menjadi kecoh apabila beberapa kenderaan MYVI yang dilaporkan berlumba telah menyebabkan kematian 3 sekeluarga.


Pasangan suami-isteri Fairuz Nizam Hussain dan Nova Safitri Azhari bersama anak bongsu mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firusa Annisa maut dalam tragedi malang itu. Sekaligus menyebabkan anak pertama Nur Firuza Amira 8 tahun dan Nur Firuza Aqila 4 tahun menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata.

Oleh kerana simpati dengan apa yang terjadi, pelbagai pihak mula menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga itu.

Namun, sayangnya apa yang terjadi adalah disebaliknya. Adik beradik itu bukan sahaja dinafikan hak mereka malahan ditipu pula oleh ahli keluarga sendiri.

Menurut laporan portal Mynewshub, Yusnida Hussain, kakak kedua kepada Fairuz (mangsa nahas DUKE) telah mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan kepada umum bahawanya adik bongsunya yang berjanji mahu menjaga kedua-dua anak arwah Fairuz seperti yang pernah dilaporkan di media suatu masa dahulu sebenarnya tidak berbuat demikian.

Bukan sahaja dia menipu kepada orang ramai, bahkan duit sumbangan orang ramai yang diberikan kepada Muhammad Faizznur Asyraf Hussain bagi membantu pasangan beradik itu juga tidak diserahkan kepada individu yang sepatutnya. Sebaliknya Faizznur mendakwa itu adalah wang miliknya memandangkan ianya masuk ke dalam account banknya.

“Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).
“Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini,” jelas Yusnida, memetik laporan portal berkenaan.
“Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini,” kata Yusnida lagi.
Selain itu, Yusnida turut membuat pendedahan bahawa ahli keluarga arwah Nova Safitri turut melakukan penipuan demi menuntut wang insurans arwah Fairuz Nizam.
“Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringit tidak dihantar untuk anak-anak ini.
“Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun,” luah Yusnida yang ternyata kesal dengan perkara tersebut. Dan, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh pakcik sendiri. Untuk rekod, satu laporan polis telah dibuat bagi menyiasat kes ini oleh Yusnida bagi membela nasib anak-anak yatim tersebut.

Ulang siar entri Anak-Anak Mangsa Nahas DUKE Ditipu Oleh Pakcik Sendiri Dakwa Ahli Keluarga - Duit Sumbangan Langsung Tak Diberikan Pada Yang Berhak! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Anak-Anak Mangsa Nahas DUKE Ditipu Oleh Pakcik Sendiri Dakwa Ahli Keluarga - Duit Sumbangan Langsung Tak Diberikan Pada Yang Berhak! 4.5 5 Unknown Wednesday, October 19, 2016 Anak-Anak Mangsa Nahas DUKE Ditipu Oleh Pakcik Sendiri Dakwa Ahli Keluarga - Duit Sumbangan Langsung Tak Diberikan Pada Yang Berhak! Me...


No comments:

Post a Comment