Azizan Osman Keramat Hidup? Kenapa Pengikutnya Sangat Taksub Seolah Memuja?

 On Saturday, October 1, 2016  

Azizan Osman Keramat Hidup? Kenapa Pengikutnya Sangat Taksub Seolah Memuja?

Azizan Osman Keramat Hidup? Kenapa Pengikutnya Sangat Taksub Seolah Memuja?





Mungkinkah Dr. Azizan Osman dah sampai ketahap Keramat Hidup...? itu soalan yang tercetus dalam kepala ketika duduk minum bersama-sama sekumpulan usahawan yang merupakan alumni kepada seminar anjuran pakar pemasaran no. 1 di negara kita. 


 Saya sendiri tak pernah mengikuti mana-mana seminar keusahawanan ataupun seminar mengenali potensi diri melalui tarikh lahir yang dianjurkan oleh pakar pemasaran no. 1 Malaysia, Dr. Azizan Osman itu. Jadi tak berapa tahu sangat apakah ilmu yang diperturunkan oleh beliau sepanjang menganjurkan seminarnya. 

Memang ada keinginan untuk mengikuti seminar anjuran Dr. Azizan Osman sebab sering mendengar betapa kesemua seminar anjuran beliau telah dihadiri oleh ribuan orang sejak dari dulu sampai sekarang. Tambahan pula dia menyatakan dalam promosi Bangkit Berniaga, telah melahirkan seramai 45,000 usahawan berjaya!. Mungkin dengan menghadiri seminarnya itu saya akan menjadi usahawan atau jutawan yang 45,001! 

Dr. Azizan Osman seorang pakar pemasaran Kebetulan baru-baru ini, seorang kawan telah datang ke rumah selepas waktu magrib untuk mengajak saya keluar minum dan berkumpul bersama sekumpulan usahawan lain di sebuah kedai tak berapa jauh dari rumah. Pada mulanya saya tak tahu rupa-rupanya mereka semua dan termasuk kawan saya itu merupakan para peserta seminar anjuran Dr. Azizan Osman. 

Sepanjang perjalanan, kawan saya itu asyik bertanya apa pendapat saya terhadap pakar pemasaran no. 1 Malaysia itu. Saya dah dapat rasakan kawan tersebut nampaknya ada sedikit menaruh harapan pada kehebatan Dr Azizan Osman. Secara jujur saya hanya mengatakan bahawa Dr. Azizan Osman merupakan seorang yang bijak dalam aktiviti pemasaran. Itu adalah fakta yang tak dapat dinafikan walaupun ada ramai juga yang tak bersetuju. 

Ada juga orang yang tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan 'pakar', saya pasti ia ditujukan pada Dr. Azizan. Bagi mereka yang tak bersetuju penggunaan ayat pakar itu dalam mempromosikan tawaran perniagaan, ia kelihatan seperti seorang yang takbur dan membangga diri. Sedangkan itu adalah sifat yang tercela dalam agama. 

Kita boleh bahaskan pendapat penggunaan perkataan pakar itu dalam perniagaan, tapi untuk menafikan bahawa Dr. Azizan Osman merupakan seorang pakar pemasaran, saya rasa agak sukar kerana ternyata orang yang tidak bersetuju itu sendiri tidak dapat menandingi Dr Azizan dari segi keupayaan menarik puluhan atau ratusan ribu pemintat menyertai seminar yang dianjurkan. 

Ambil berkat bergambar dengan kereta Dr. Azizan Osman Dari segi kewangan pula ternyata Dr. Azizan Osman telah berjaya mengumpulkan jutaan ringgit atau mungkin puluhan juta ringgit. Kekayaan beliau diterjemahkan daripada gaya hidupnya sendiri dengan kereta mewah yang menjadi rebutan para peminatnya untuk posing gambar. Siap berbaris untuk mendapat kesempatan merakamkan gambar ditepi kereta kepunyaan Dr. Azizan. Kalau dalam golongan mereka yang mencintai para tok keramat, ia semupama cubaan mengambil berkat. Jika tak dapat bersama tok keramat, dapat memegang tongkat tok keramat saja sudah memadai. 

Sebab itu saya lihat Dr. Azizan dah jadi macam seorang keramat hidup dalam dunia keusahawanan dan kejayaan serta kekayaan. Apabila saya bersama dengan kumpulan usahawan yang dibawa oleh kawan saya itu, saya mendapat banyak lagi cerita bukti keramat hidup yang dimiliki oleh Dr. Azizan Osman. Dalam seminarnya, banyak orang telah berubah menjadi hebat dan menakjubkan. Bagi yang tak pernah berjaya berhenti merokok, mereka telah membuang kotak rokok on the spot sebaik saja mendapat galakan daripada Dr. Azizan Osman. 

Bagi yang bertudung labuh pula, mereka sanggup bangkit berdiri dan menari apabila dialunkan dengan petikan gitar Man Kidal dalam seminar anjuran pakar pemasaran No. 1 Malaysia itu. Bukankah semua itu sesuatu yang luar biasa?. Malah setiap kali tawaran dibuka untuk mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus lebih lanjut anjuran Dr. Azizan Osman dengan kos ribuan ringgit, berpusu-pusu peserta bangun berdiri dan memecut ala-ala Husain Bolt. 

Mereka akan berebut untuk mendaftar!. Peserta meratib nama Dr. Azizan Osman Saya tak pasti samada itu adalah arahan ataupun ajaran Dr. Azizan Osman, tetapi sepanjang 3 jam saya bersama para usahawan bekas pelajarnya, mereka asyik menyebur nama belaiu dari mula sampai habis. Malah salah seorang usahawan (part time lagi) yang merupakan seorang perempuan, dia mengelilingi meja dari seorang ke seorang menceritakan semua cerita dan kehebatan Dr. Azizan Osman tanpa henti dan sedikitpun tidak merasa penat. 

Setiap kali nama Dr. Azizan Osman disebut, terpapar rasa puas dan seronok di mukanya. Dia menceritakan betapa telah bertukar menjadi seorang yang kaki berniaga dan mampu buat duti dengan menjual apa saja yang melintas. Salah satu sumber pendapatannya adalah menjual semua buku tulisan Dr. Azizan Osman ang dibeliya secara pukal. 

Wanita tersebut bukannya tak ada kerja, malah dia punyai kerjaya yang tetap dan stabil. Suaminya juga punya kerja yang hebat, tetap dan stabil. Tapi dek penangan Dr. Azizan Osman, mereka tak puas hanya dengan apa yang mereka ada. Habis kerja, malamnya mereka buka kedai makan, sambil berniaga si isteri pula main FB untuk promosi barangan secara online. Esok pula pergi poskan barangan yang orang beli. Kadang-kadang tidur sampai pukul 3 atau 4 pagi buat promosi barangan online. Bangun siang buka FB dan layan PM orang yang berminat. 

Pendek kata hidupnya adalah kerja-kerja, cari duit sebanyak mungkin, legat menggunakan masa untuk jadi kaya. Apa nasihat alumni Dr. Azizan Osman Malam itu, saya menerima nasihat dari mereka untuk turut sama sertai semua seminar anjuran Dr. Azizan Osman. 

Adalah sesuatu yang amat merugikan buat mereka yang tidak sertai kursus beliau dan tidak mengambil kesempatan mendalami kehebatan beliau. Saya rasa rimas dan terfikir-fikir kegilaan apakah ini? mereka sepatutnya berbincang dan memberikan tumpuan pada perniagaan mereka sendiri. 

Tapi sebaliknya mereka telah menjadi agen pemasaran untuk Dr. Azizan Osman secara percuma. Mereka syik mempromosikan kehebatan Dr. Azizan Osman. Saya tak dapat berfikir dengan jelas dengan fenomena itu. 

Bagaimana seorang lelaki yang buat duit puluhan atau ratusan juta ringgit daripada para peminatnya, dalam masa yang sama semua orang yang telah bertungkus lumus himpun duit untuk terut serta dalam kursus anjuran lelaki itu, keluar kursus dan menjadi pula ajen lelaki tersebut dan seolah-olah terlupa untuk membina keupayaan dan kebijaksanaan diri mereka sendiri...? Apa pendapat anda dengan fenomena Dr. Azizan ini. 

Ada yang kata pada saya semua kumpulan itu adalah orang upahan Dr. Azizan Osman seperti mana yang diamalkan oleh para penjual ubat di pasar malam atau di tepi jalan. Tapi saya tak rasa mereka diupah, sebaliknya mereka secara terasuk telah sukarela mempromosikan Dr. Azizan Osman di mana saja mereka berada, sepanjang waktu jaga mereka. 

Apakah kita sedang menyaksikan seorang keramat hidup muncul di negara kita? Apakah Dr. Azizan Osman dah sampai ke tahap keramat?, tolong berikan pendapat anda...!!

Sumber

Ulang siar entri Azizan Osman Keramat Hidup? Kenapa Pengikutnya Sangat Taksub Seolah Memuja? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Azizan Osman Keramat Hidup? Kenapa Pengikutnya Sangat Taksub Seolah Memuja? 4.5 5 Unknown Saturday, October 1, 2016 Azizan Osman Keramat Hidup? Kenapa Pengikutnya Sangat Taksub Seolah Memuja? Mungkinkah Dr. Azizan Osman dah sampai ketahap Kerama...


No comments:

Post a Comment