Ini Bukti UMNO Kawal Media - Kerana Menyiarkan Pandangan Yang Mengkritik Najib, Wartawan BERNAMA Ini Hilang Kerja.

 On Thursday, October 27, 2016  

Ini Bukti UMNO Kawal Media - Kerana Menyiarkan Pandangan Yang Mengkritik Najib, Wartawan BERNAMA Ini Hilang Kerja.

Ini Bukti UMNO Kawal Media - Kerana Menyiarkan Pandangan Yang Mengkritik Najib, Wartawan BERNAMA Ini Hilang Kerja.


Pengacara popular Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor digantung daripada menjadi hos program itu selepas mendakwa mendapat 'protes hebat daripada media Umno'.
Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis di Facebook mengenai pandangan peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur.
Difahamkan Adnan sebelum itu dijemput sebagai tetamu dalam program berkenaan.
Dahlan berkata, tindakannya menyiarkan pandangan Adnan di media sosial dibantah oleh Setiausaha Bahagian Media Umno Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Zailani.
Sambil menyertakan paparan kiriman WhatsApp oleh Ahmad Kamal, Dahlan berkata Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang kemudian bertindak menggantungnya. 
"Protes hebat daripada media Umno oleh Dato Kamal Zailani membawa kepada tindakan DS Azman Ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama TV bertindak "menggantung saya" daripada mengacarakan program Ruang Bicara.
"Kepada Azman Ujang teruskan perangai anda dengan menghukum tanpa kaji selidik dan sikap anda membuatkan ramai yang turut terkilan dan bosan," katanya.
Menulis di Facebook dengan tajuk 'Selamat Tinggal Ruang Bicara', Dahlan turut menafikan beliau mahu menjatuhkan kepimpinan Bernama,tetapi mendakwa menjadi mangsa pengamal media seperti Azman.
"Menuduh saya untuk menjatuhkan saf kepimpinan di Bernama agak keterlaluan. Dan ia bukan matlamat saya. Saya bukan orang politik tapi hari ini orang sekecil saya pun menjadi mangsa orang media seperti Azman Ujang," tulisnya.

Sumber : Malaysiakini.

Ulang siar entri Ini Bukti UMNO Kawal Media - Kerana Menyiarkan Pandangan Yang Mengkritik Najib, Wartawan BERNAMA Ini Hilang Kerja. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ini Bukti UMNO Kawal Media - Kerana Menyiarkan Pandangan Yang Mengkritik Najib, Wartawan BERNAMA Ini Hilang Kerja. 4.5 5 Unknown Thursday, October 27, 2016 Ini Bukti UMNO Kawal Media - Kerana Menyiarkan Pandangan Yang Mengkritik Najib, Wartawan BERNAMA Ini Hilang Kerja. Pengacara popular...


No comments:

Post a Comment