Juanda Jaya Ditipu BN, Projek Di Kawasannya Dibatalkan Walaupun Telah Diluluskan Sebelumnya.

 On Tuesday, October 4, 2016  

Juanda Jaya Ditipu BN, Projek Di Kawasannya Dibatalkan Walaupun Telah Diluluskan Sebelumnya.

Juanda Jaya Ditipu BN, Projek Di Kawasannya Dibatalkan Walaupun Telah Diluluskan Sebelumnya.

“Pengumuman bahawa projek jambatan yang menghubungkan Daerah Matu ditangguhkan sehingga tahun 2018 menghiris hati saya,” demikian kata Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya.

Menerusi laman sosial Facebook, Juanda melahirkan rasa marah dan kecewa dengan penangguhan tersebut selepas ia diluluskan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke-11. Menurutnya, kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf bukan sahaja mengguris hatinya malah penduduk di kawasan tersebut yang selama ini penyokong setia BN.

“Kasihan penduduk kita yang selama ini cukup setia. Setiap kali menunggu feri, suara kekesalan penduduk tidak dapat disembunyikan lagi.

“Alhamdulillah, telinga saya belum pekak untuk mendengar keluhan rakyat di bawah sana setiap minggu apabila melawat kawasan. Mulut saya pun tidak dapat bisu untuk bercakap tentang kepentingan rakyat yang juga adalah rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berharap rakyat di kawasan pesisir Melanau tidak dijadikan masyarakat kelas kedua.
“Kasihan rakyat di kawasan pesisir Melanau. Mereka juga dahagakan pembangunan seperti rakyat di bandar. “Takkan kawasan kami tidak ada beza sejak dari sebelum merdeka lagi. Kalau ada yang tidak percaya, sila ke kawasan saya,” katanya.

Tegasnya, permintaan penduduk Kampung Igan agar jambatan lalu dalam kawasan kampung diambil perhatian. “Pegawai kerajaan yang terbabit memberi pandangan tentang lokasi jambatan diharap ingat bahawa kerajaan yang ada, dibentuk dengan undi orang kampung, bukan dengan senioriti.

“Ada mata jangan buta, ada telinga jangan pekak, ada mulut jangan bisu. Ingat, pembangunan dan politik berpisah tiada,” katanya. - Sinar Harian.

Ulang siar entri Juanda Jaya Ditipu BN, Projek Di Kawasannya Dibatalkan Walaupun Telah Diluluskan Sebelumnya. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Juanda Jaya Ditipu BN, Projek Di Kawasannya Dibatalkan Walaupun Telah Diluluskan Sebelumnya. 4.5 5 Unknown Tuesday, October 4, 2016 Juanda Jaya Ditipu BN, Projek Di Kawasannya Dibatalkan Walaupun Telah Diluluskan Sebelumnya. “Pengumuman bahawa projek jambatan ya...


No comments:

Post a Comment