Maria Chin Ditahan Polis.

 On Saturday, October 29, 2016  

Maria Chin Ditahan Polis.

Maria Chin Ditahan Polis.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini ditahan polis di Sabah.
Menurut akaun rasmi Twitter BERSIH, Maria ditahan kerana mengedarkan risalah berkenaan di Langkon, Kota Marudu.
Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk disoal siasat.
"Polis turut mengancam untuk menangkap mereka yang mengambil risalah BERSIH," kata pergerakan reformasi pilihan raya berkenaan.
Pergerakan tersebut kini menjalankan pameran bergerak di seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini.
Perhimpunan itu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran skandal 1MDB.
Najib menafikan sebarang salah laku dalam skandal tersebut.
Perhimpunan BERSIH 5 bakal diadakan di Dataran Merdeka dengan turut diiringi beberapa himpunan satelit di beberapa negeri lain dan negara. - Malaysiakini

Ulang siar entri Maria Chin Ditahan Polis. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Maria Chin Ditahan Polis. 4.5 5 Unknown Saturday, October 29, 2016 Maria Chin Ditahan Polis. Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini ditahan polis di Sabah. Menurut akaun rasmi Twitter BERSIH, ...


No comments:

Post a Comment