Menyokong #BERSIH Menjadikan Saya Tak Beradab Luah Penulis.
1. Hari ke hari, semakin dekat kita dengan hari perhimpunan Bersih, akan semakin banyaklah berita yang kita akan dengar.
2. Kita pulak hanya akan baca apa kita suka.
3. Yang jelas, dalam media sosial ni, pro baju kuning berjaya membuatkan pro baju merah nampak macam orang tak ada tamadun. Sebab memang ada masanya geng baju merah ni nampak benar tak bertamadunnya.
4. Kalau kau tak pernah pergi perhimpunan Bersih selama ni dan bulan depan pertama kali baru kau nak pegi, aku nasihatkan jangan pegi. Sebab aku dah pegi beberapa kali dan aku rasa diperbodohkan.
5. Ada beberapa hakikat mengenai perhimpunan Bersih yang penyokong Bersih sendiri tak mahu cerita, jadi aku ceritakanlah.
6. Hakikat pertama mengenai perhimpunan Bersih adalah jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini, ramai sebenarnya suka dan gembira benda tu berlaku. Ada sekumpulan besar yang pergi memang dengan niat nak menimbulkan huru-hara.
7. Lepas tu kata yang provoke mereka tu SB. Kau tak ada pendirian sendiri ke?
8. Kau tau apa kami buat bila kami kena kejar dengan FRU dan kena tembak dengan bom pemedih mata? Kami beramai-ramai gelak ketawa. Sebab pada kami benda tu seronok. Sebab apa seronok? Sebab tujuan kami ke situ untuk menganjing dah tercapai.
9. Mungkin elok sebenarnya rakyat Malaysia ni rasa perang betul macam mana. Orang kita ramai berani-berani belaka ni. Tengok dia sengih tergelak-gelak lagi tak kena kejar dengan orang yang memang ada niat nak cederakan dia.
10. Hakikat kedua yang tidak banyak dihebohkan adalah setiap perhimpuan Bersih yang aku join akan bermula dengan semangat harmoni dan kepelbagaian kaum (kecuali Bersih 4)
11. Pada ketika suasana masih aman, protes akan dilakukan dengan cara protes secara aman tapi kurang ajar.
12. Ludah gambar orang Melayu Islam lain, pijak gambar orang Melayu Islam lain, sapu pakai penyapu gambar orang lain.
13. Bila kena serang, diorang ni lari.
14. Tinggallah pemuda-pemuda Melayu yang terus 'melawan'. Termasuklah aku dulu.
15. Kau nampak tak macam mana kau dipergunakan? Adakah kau akan terus biar diri kau dipergunakan? Bodohlah kau kalau kau terus biar dipergunakan.
16. Kau nak Najib turun? Aku pun nak Najib turun.
17. Tapi aku tak mau orang-orang yang sangat licik mempergunakan penyokong dia ni naik. Aku lagi la tak mau pembangkang naik daripada Najib turun. Gila!
18. Jadi, muhasabah lah diri.
19. Walau macam mana pun kau benci dengan Najib, kau benci dengan Rosmah, kau benci dengan UMNO, amat menyedihkanlah kalau kau diam aje dan biar sedara se-Islam kau kena hina macam anjing.
19. Kita ajar anak kita beradab, jangan pijak buku, jangan pijak gambar orang lain, sebab benda tu kurang ajar. Tapi kita sendiri cakap tak serupa bikin.
20. Lama juga aku berfikir sebenarnya. Dalam banyak-banyak benda, sebenarnya yang paling penting adalah "adab." Menjadi penyokong Bersih membuatkan aku lupa ilmu adab. Apatah lagi apabila wujud campurtangan politician nak take advantage peserta perhimpunan yang ramai, seperti yang berlaku masa Bersih 3.
21. Sekarang ini kau akan nampak mesej-mesej yang menunjukkan pro baju merah itu tidak ada tamadun. Aku minta kau carilah juga mesej-mesej dan media yang menunjukkan puak baju kuning pun sama, tak ada tamadunnya.
22. Apabila dalam minda kau, kau dah tetapkan geng kuning = geng baik, geng merah = geng jahat, maaflah kalau aku katakan, kau bodoh. Aku berani tulis macam tu pun sebab dulu aku pun bodoh.
23. Anda boleh kongsikan seberapa banyak bukti pun yang menampakkan yang perjuangan Bersih tu Bersih. Yang berlaku sebenarnya adalah hilangnya adab dari diri kau sendiri. Hilangnya anda punya kemampuan nak menilai sesuatu secara rasional.
24. Bersih benar badan kau dari nilai-nilai adab ni.
25. Aku dah tak mau tengok orang bukan Islam pijak gambar Najib sambil orang Melayu kat belakang bersorak Allahuakbar. Aku dah tak mau dah maki jerit polis beramai-ramai "ANJING! ANJING!" bila diorang lalu dengan kereta atau helikopter.
26. Aku dah tak mau bersekongkol dengan puak-puak ni lagi.
27. Kalau mereka ini naik jadi kerajaan dengan penyokong-penyokong sebegitu rupa, tak salah kalau aku katakan, tak ada masalah mereka nak pijak kepala kita kalau kita tak sependapat dengan mereka.
28. Mesti ada yang akan kata "kenapa nak kekalkan pemimpin sekarang kalau diorang tu rasuah?"
29. Kita ni kalau tak ada adab...tak layak sebenarnya persoalkan menteri rasuah.
30. Ikut Islam, berperang ni pun ada adabnya. Nak tukar PM pun ada adab dia.
Sumber : Cursing Malay
Ulang siar entri Menyokong #BERSIH Menjadikan Saya Tak Beradab Luah Penulis. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment