No Komen, Rujuk Peguam Saya Kata Faizznur - Mahu Ambil Tindakan Undang2 Pada Yang Menuduh.

 On Friday, October 21, 2016  

No Komen, Rujuk Peguam Saya Kata Faizznur - Mahu Ambil Tindakan Undang2 Pada Yang Menuduh.

No Komen, Rujuk Peguam Saya Kata Faizznur - Mahu Ambil Tindakan Undang2 Pada Yang Menuduh.


Adik bongsu mangsa nahas Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), Muhammad Faizznurr Asyraf Husain, 26 sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan ke atas  pihak yang menyebarkan tuduhan ke atasnya.

Enggan mengulas lanjut, bapa saudara kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqila, 5 itu berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguam tentang tindakan undang-undang yang boleh diambil.

"Sekarang saya tak boleh nak komen apa-apa. Awak (Penulis) boleh tanya peguam saya.

"Saya bukan nak lari tapi sekarang orang dah tuduh saya macam-macam. Saya sedang bincang strategi undang-undang dengan peguam," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Nama Faizznurr menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, mendakwa Faizznur pecah amanah.

Faizznurr didakwa hanya menyerahkan RM12,000 daripada RM300,000 hasil sumbangan orang ramai kepada dua kanak-kanak terbabit.

Amira dan Aqila adalah anak pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari yang maut dalam nahas membabitkan Myvi di Lebuhraya Duke, Mei tahun lalu.  - SH

Ulang siar entri No Komen, Rujuk Peguam Saya Kata Faizznur - Mahu Ambil Tindakan Undang2 Pada Yang Menuduh. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No Komen, Rujuk Peguam Saya Kata Faizznur - Mahu Ambil Tindakan Undang2 Pada Yang Menuduh. 4.5 5 Unknown Friday, October 21, 2016 No Komen, Rujuk Peguam Saya Kata Faizznur - Mahu Ambil Tindakan Undang2 Pada Yang Menuduh. Adik bongsu mangsa nahas Lebuhraya Duta Ul...


No comments:

Post a Comment