Parti Baru Mesra BN, PFP Akan Buka Kasino Di Penang Jika Berjaya Kalahkan DAP Dalam PRU Ke 14.
Sebuah parti politik baharu ditubuhkan, Penang Front Party (PFP) yang mesra Barisan Nasional (BN), merancang membuka kasino di Pulau Pinang jika berjaya menumbangkan parti rasis dan cauvinis DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Kasino ini akan menjana RM3 bilion dalam pendapatan yang akan membantu mengerakkan ekonomi negeri,” kata Pengerusi Penaja PFP, Lee Poh Kong, sambil menambah pusat perjudian itu hanya untuk pelancong.
Katanya, pendaftaran PFP diluluskan 9 September lalu dan parti itu akan meletakkan calon di peringkat negeri di Pulau Pinang sahaja, manakala kerusi Parlimen diserahkan kepada MCA dan Gerakan.
“Kami cuba mendaftar parti ini sejak November tahun lalu, tetapi menghadapi kesukaran kerana tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana pihak.
“Kami menyenaraikan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dari UMNO yang mendaftar parti itu dan bertindak sebagai penasihat,” katanya pada sidang media, hari ini.
Zahidi yang turut hadir pada sidang media itu pula menyatakan PFP akan bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi bukan di kawasan yang dimenangi UMNO.
“Bagi mengelak sebarang masalah, parti itu tidak akan bertanding di kerusi yang selama ini milik UMNO, namun menyasarkan kawasan pengundi Cina, bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.
PFP akan membiarkan kerusi Parlimen untuk ditandingi MCA dan Gerakan, namun perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pertamanya tidak lama lagi.
Ulang siar entri Parti Baru Mesra BN, PFP Akan Buka Kasino Di Penang Jika Berjaya Kalahkan DAP Dalam PRU Ke 14. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment