Singapura Tamatkan Satu Lagi Operasi Bank Kerana Skandal #1MDB

 On Tuesday, October 11, 2016  

Singapura Tamatkan Satu Lagi Operasi Bank Kerana Skandal #1MDB

Singapura Tamatkan Satu Lagi Operasi Bank Kerana Skandal #1MDB

Bank Pusat Singapura hari ini menutup bank Swiss kedua yang sedang disiasat berikutan dakwaan aktiviti pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan milik Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) berkata ia sudah mengarahkan Falcon Bank untuk menghentikan operasinya di republik itu berikutan kesilapan yang serius dalam kawalan anti pengubahan wang haram.
“Falcon Bank menunjukkan kekurangan pemahaman terhadap syarat dan jangkaan MAS terhadap anti pengubahan wang haram,” kata kenyataan itu.
Singapura, hab kewangan serantau melancarkan siasatan terhadap aliran wang yang dikaitkan dengan 1MDB pada 2015.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang mengasaskan 1MDB dikaitkan dengan skandal kewangan itu tetapi menafikan sebarang salah laku.
MAS turut mengumumkan ia mendenda bank tempatan DBS dan syarikat kewangan Swiss, UBS atas kesalahan hampir sama.
DBS diarah membayar S$1 juta atas 10 pelanggaran undang-undang sementara UBS diperintah membayar S$1.3 juta atas 13 kesalahan.
Pada Mei, MAS menutup bank Swiss, BSI atas pelanggaran undang-undang sama, ia adalah kali pertama bank diarahkan tutup di republik itu dalam tempoh 32 tahun.
Falcon Bank dimiliki International Petroleum Investment Company dari Abu Dhabi. - FMT

Ulang siar entri Singapura Tamatkan Satu Lagi Operasi Bank Kerana Skandal #1MDB bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Singapura Tamatkan Satu Lagi Operasi Bank Kerana Skandal #1MDB 4.5 5 Unknown Tuesday, October 11, 2016 Singapura Tamatkan Satu Lagi Operasi Bank Kerana Skandal #1MDB Bank Pusat Singapura hari ini menutup bank Swiss kedua yang sedang dis...


No comments:

Post a Comment