Tiba-Tiba PHD Holders Kritik Azizan Sedangkan Sebelum Ini Jadi Kangkung Yang Menindas Masyarakat.
Secara tiba-tiba, ramai pulak PhD holder yang nak ulas isu PhD palsu ni.
Aku tak kisah mereka nak ulas isu ini dan aku amat galakkan sebenarnya. Kerana ada antara ulasan tersebut bermanfaat dan mengajak yang lain untuk bukak mata dan menyedari bahayanya salah guna gelaran ni.
Tapi aku rasa geli pulak ada PhD holder yang sibuk nak humblebrag, marah-marah Azizan Osman seperti isu ini isu baru, buat-buat terkejut dengan isu PhD palsu, baru nak sedar yang isu ni dah melarat, dan sampai ada yang menulis karangan "virus anda bunuh reputasi" dengan simplistik.
Aku nak tanya semua ni. Selama ni kamu semua kat mana? Bila isu ni viral baru nak sedar? Tetapi kenapa kamu tak nak bersama yang lain untuk lawan?
Selama ni orang kampung kena tipu bulat-bulat dengan pemegang PhD dan sijil ijazah palsu dan buat rawatan sains palsu, kamu semua buat apa?
Ada kamu turun ke jalanan untuk lihat situasi sebenar bertapa melaratnya isu pemegang PhD palsu ni?
Adakah kamu sedar masih ramai yang kena tipu dengan produk atau mekanisma bisnes yang palsu?
Gelaran Dr dari Azizan Osman ni bukan baru. 2 dekad beb!
Isu phd palsu ni lebih 20 tahun!. Adakah kamu semua sedar yang ramai lagi menggunakan ijazah palsu secara berleluasan dan ada yang memegang tampuk pemerintahan?
Adakah kamu semua sedar yang ada pemegang ijazah palsu menjadi antara orang yang dipercayai untuk mengurus dana awam?
Dan adakah kamu semua sedar yang ada pemegang ijazah palsu memegang jawatan penting dalam persatuan yang berkuasa seperti persatuan pengguna xxx?
Tambah lagi sekarang ni, ada yang advance gila sampai guna pangkat Prof Emeretus Dr Sir Haji xxx. Padahal past affiliation apa pun tak ada. Lagi power, dah pangkat prof, bukan takat tak ada affiliation, publication pun tak ada. Dan dia dah guna gelaran tu lebih daripada 10 tahun di kaca televisyen, corong radio, dan di dada-dada akhbar.
Kamu sedar tak ada antara mereka bukak syarikat dan syarikat itu yang anugerahkan Prof, Dr, dan Ijazah kepada orang lain? Kemudian syarikat mereka menjual produk palsu dan mempromosi mekanisma bisnes menindas. Orang ramai percaya dan terpedaya kerana mereka ada pangkat Prof dan Dr.
Syarikat tu siap tempah dewan dan buat upacara konvokesyen kot. Malah ada yang berani sampai tempah bilik tutor di Universiti dan buat upacara konvokesyen dengan menyalah gunakan lambang Universiti?
Sampai ada yang tak tahu yang Ijazah mereka adalah ijazah palsu.
Adakah kamu sedar yang pemegang ijazah palsu ni siap ada klinik sendiri?
Adakah kamu sedar yang pemegang ijazah palsu ni siap ada majlis dan persatuan sendiri?
Adakah kamu sedar yang pemegang ijazah palsu ni siap masuk sekolah, kolej, dan universiti itu sendiri untuk memberi ceramah dan menjadi panelis forum?
Adakah kamu semua sedar semua ini?
Selama ni apa yang kamu semua buat?
Buat tak tahu dan mereput di dalam makmal dan di fakulti ke?
Semua ini terjadi sebab PhD holder dan ahli akademia buat tak tahu dan diam sahaja. Ada yang tak siasat latar belakang dan luluskan sahaja buat program yang menggunakan fasiliti universiti sambil jaja ijazah palsu mereka.
Sudahlah tembok universiti makin menebal sehinggakan ada tesis yang memperkatakan masyarakat tidak perlukan universiti. Ada pulak yang terlalu superior dengan isu ini dan membuat ulasan yang terlalu simplistik dan falasi.
Sehinggakan ulasan itu menyebabkan orang awam nampak PhD holder ini adalah sesuatu yang elitis. Sesuatu yang memisahkan mereka daripada orang awam. Sesuatu yang menyebabkan mereka rasa rendah diri terlampau dengan PhD holder ini.
It is not supposed to be like that. Kamu tak perlu tulis seperti karangan "Virus Anda Bunuh Reputasi Kami" sebegitu.This is not just your fight against him.
Ini adalah perang antara semua pemegang PhD holder dan semua ahli akademia melawan semua penindas yang menipu.
Memegang PhD adalah satu kredibiliti untuk menyatakan maklumat, mengarahkan masyarakat, dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk orang awam.
Apa guna buat master dan PhD ni?
Master dan PhD adalah lapangan latihan untuk kamu mencapai pengalaman dan keupayaan yang lebih daripada orang lain. Dan pengalaman dan keupayaan tersebut membuatkan kamu mampu memberi sesuatu yang lebih kepada masyarakat dan membangunkan masyarakat. Sebab tu di negara maju, PhD holder ni tak kisah pun gelaran Dr ni. Cuma panggil nama aja.
Dan apa yang menjelikkan aku, ada PhD holder menjadi kangkung apabila menindas masyarakat.Jadi alat kepada penindas untuk menindas masyarakat. Tak peduli pun apa yang terjadi dengan masyarakat. Janji KPI dan gaji para PhD holder ni tak kacau.
Akhir kata, aku petik semula sajak pertemuan mahasiswa oleh W. S. Rendra.
"Kita ini dididik untuk memihak yang mana?
Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini
akan menjadi alat pembebasan,
ataukah alat penindasan?"
Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini
akan menjadi alat pembebasan,
ataukah alat penindasan?"
Mohon baca puisi penuh puisi pertemuan tersebut. Ia amat mengetuk minda kita semua.
Musoddiq,
Bukan Phd holder.
Bukan Phd holder.
-------------------
Ulang siar entri Tiba-Tiba PHD Holders Kritik Azizan Sedangkan Sebelum Ini Jadi Kangkung Yang Menindas Masyarakat. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment