Tolong Jangan Potong Bajet Kementerian Kesihatan Lagi Kata Timbalan Menteri.

 On Thursday, October 13, 2016  

Tolong Jangan Potong Bajet Kementerian Kesihatan Lagi Kata Timbalan Menteri.

Tolong Jangan Potong Bajet Kementerian Kesihatan Lagi Kata Timbalan Menteri.


Kementerian Kesihatan mengharapkan kerajaan agar tidak mengurangkan peruntukan kepada kementerian tersebut dalam pembentangan Bajet 2017 pada 21 Okt ini, kata timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Walaupun memahami keadaan ekonomi semasa yang agak meruncing, namun katanya, kementerian tersebut perlu mendapatkan perhatian istimewa kerana peningkatan jumlah pesakit di hospital dan klinik kerajaan.

“Kami amat berharap Bajet kali ini tidak akan menyaksikan sebarang pengurangan... sekurang-kurangnya dikekalkan jika tidak ada penambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan 2016 bagi Zon Sarawak, di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sini, semalam.

Katanya, setakat dalam tahun ini sahaja, sebanyak tiga juta pesakit telah mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Peningkatan kunjungan itu mungkin disebabkan penghijrahan pesakit, yang sebelum ini, mendapat rawatan di hospital swasta, kerana faktor kos rawatan serta keyakinan masyarakat terhadap mutu perkhidmatan kerajaan, katanya.

“Kos rawatan yang lebih rendah berbanding di sektor swasta serta mutu perkhidmatan yang bertambah baik menyebabkan ramai memilih untuk menggunakan kemudahan hospital dan klinik kerajaan,” katanya.

Dr Hilmi berkata pada tahun ini (Bajet 2016), kementeriannya menerima peruntukan RM23 bilion yang sebahagian besarnya untuk pembayaran gaji manakala RM1.6 bilion bagi tujuan pembangunan yang diagihkan ke seluruh negara.

Memandangkan trend penghijarah pasakit, katanya, kementerian amat memerlukan peruntukan besar untuk membeli ubat-ubatan serta pemerolehan peralatan hospital yang menelan kos yang sangat tinggi.

Majlis konvokesyen itu turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan kementerian, Ellam Endin Nom dan Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Jamilah Hashim. — Bernama

Ulang siar entri Tolong Jangan Potong Bajet Kementerian Kesihatan Lagi Kata Timbalan Menteri. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tolong Jangan Potong Bajet Kementerian Kesihatan Lagi Kata Timbalan Menteri. 4.5 5 Unknown Thursday, October 13, 2016 Tolong Jangan Potong Bajet Kementerian Kesihatan Lagi Kata Timbalan Menteri. Kementerian Kesihatan mengharapkan kerajaan agar tidak ...


No comments:

Post a Comment