Anak Tajuddin, Penyerang Khalid Ditahan Polis.

 On Friday, November 25, 2016  

Anak Tajuddin, Penyerang Khalid Ditahan Polis.

Anak Tajuddin, Penyerang Khalid Ditahan Polis.

Polis mengesahkan telah menahan anak kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa kumpulan penyokong dari UMNO Pasir Salak sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh kepada media.


"Semua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kepada semua pihak yang mempunyai maklumat ataupun bukti berkaitan kejadian tampil ke depan bagi membantu siasatan.

Semalam, sekumpulan penyokong Tajuddin yang mendakwa dari UMNO Pasir Salak telah ke Parlimen dan melakukan serangan fizikal dan mulut ke atas Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.

Krisis ini terjadi berikutan perang mulut yang tercetus di antara Tajuddin dan Khalid Samad dalam persidangan Dewan Parlimen yang lepas.

Kumpulan penyokong itu telah merentap pakaian Ahli Parlimen tersebut sambil menghamburkan kata-kata makian dan ancaman. Menurut mereka lagi, ini baru permulaan dan lebih banyak serangan seperti itu akan datang kepada Khalid selepas ini. - Sozcyili.


Ulang siar entri Anak Tajuddin, Penyerang Khalid Ditahan Polis. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Anak Tajuddin, Penyerang Khalid Ditahan Polis. 4.5 5 Unknown Friday, November 25, 2016 Anak Tajuddin, Penyerang Khalid Ditahan Polis. Polis mengesahkan telah menahan anak kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...


No comments:

Post a Comment