#Bajet2017 - PAS Sindir DAP, Dah Tolak Minta Peruntukan Pula!

 On Saturday, November 12, 2016  

#Bajet2017 - PAS Sindir DAP, Dah Tolak Minta Peruntukan Pula!

#Bajet2017 - PAS Sindir DAP, Dah Tolak Minta Peruntukan Pula!

Hanya ada satu pembentangan bajet setiap tahun di Dewan Rakyat dan satu pembentangan bajet setiap tahun bagi setiap negeri di Dewan Undangan Negeri.

Bajet adalah urusan kerajaan. Sesiapa yang memerintah maka merekalah yang bentang. Dato' Ahmad Yaakob bentang di Kelantan, LGE di Dun Penang, Dato Seri Azmin Ali di Selangor, Dato Idris Haron di Melaka dan Dato Seri Najib di Dewan Rakyat.



Kalau Dato Seri Nizar bentang bajet di Perak, maka ia akan jadi bahan ketawa sebab itu kerja Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Begitu juga kalau Dato Husam yang penuh idealis, strategis, ekonomis dan pelbagai lagi is bentang bajet di Dun Kelantan, dia juga akan diketawakan sebab itu kerja Dato Ahmad Yaakob.

Dari bajet inilah duit negara dan duit negeri akan dibelanjakan. Kalau dikira Bajet yang Najib bentang, memang tak adil dan banyak perlu diperbaiki. Di sinilah peranan pembangkang untuk bagi pandangan serta cadangan balas kepada kerajaan. Buat masa ini realitinya PAS, PKR dan DAP bukan kerajaan di peringkat persekutuan. Saya tak sebut PAN sebab bila buka balik laman web SPR untuk meneliti kembali keputusan PRU 13, saya tak jumpa logo PAN. Tak munasabah SPR tertinggal.

Memang ia bajet yang menguntungkan Umno/BN. Dalam masa yang sama, dari bajet inilah dibayar gaji penjawat awam, pembangunan negara dan peruntukan kepada negeri-negeri termasuk Selangor, Penang dan Kelantan.

Peruntukan yang diagihkan untuk negeri-negeri memang tak adil! Contoh mudah, tengoklah beza keadaan Jalan Persekutuan di Bukit Yong, Pasir Puteh dan bandingkan dengan jalan sempadan Terengganu - Kelantan menuju Bandar Jerteh. Padahal yang membinanya adalah Kerajaan Persekutuan yang sama.

Keadilan ini mesti diperjuangkan. Inilah peranan ahli dewan untuk bersuara. Akhirnya tak dapat semua, kita dapat sebahagian. LGE pun ada bercakap di Dewan Rakyat minta peruntukan untuk Penang. Tak dapat semua, tapi dapatlah juga sebahagian.

Kita akui Bajet yang Dato' Seri Najib bentang memang tak adil dan tak sempurna. Tapi apakah kita mempunyai alternatif lain selagi BN memerintah di Putrajaya? Jawabnya tiada!

Nak sokong memang bajet tak adil. Nak tolak kita tiada alternatif lain. Lantas apa pendirian terbaik yang boleh diambil?

Perkataan 'tolak' dalam Kamus Dewan bermakna tak terima. Orang bagi pun kita tak akan ambil.

Alangkah gentleman kalau kerajaan DAP Pulau Pinang menolak semua peruntukan Kerajaan Pusat untuk Pulau Pinang sebab DAP dah buat keputusan untuk mengundi bagi menolak Bajet 2017!

Dr Azman Ibrahim
9 November 2016

Ulang siar entri #Bajet2017 - PAS Sindir DAP, Dah Tolak Minta Peruntukan Pula! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
#Bajet2017 - PAS Sindir DAP, Dah Tolak Minta Peruntukan Pula! 4.5 5 Unknown Saturday, November 12, 2016 #Bajet2017 - PAS Sindir DAP, Dah Tolak Minta Peruntukan Pula! Hanya ada satu pembentangan bajet setiap tahun di Dewan Rakyat dan satu p...


No comments:

Post a Comment