Lepaskanlah Jawatan Ketua Menteri Itu Lim Guan Eng, Rehatlah Sehingga Siasatan Selesai - ADUN DAP.

 On Wednesday, November 23, 2016  

Lepaskanlah Jawatan Ketua Menteri Itu Lim Guan Eng, Rehatlah Sehingga Siasatan Selesai - ADUN DAP.

Lepaskanlah Jawatan Ketua Menteri Itu Lim Guan Eng, Rehatlah Sehingga Siasatan Selesai - ADUN DAP.

Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak boleh mempengerusikan badan membuat keputusan semasa perbicaraannya berlangsung di mahkamah.
Adun Tanjong Bungah, Teh Yee Cheu berkata ia bagi memastikan kesucian badan perundangan negeri dapat dikekalkan.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi jemaah exco meletakkan kepentingan awam dahulu terutama apabila pemimpinnya berhadapan dengan kontroversi.
Beliau berkata ini penting bagi tadbir urus yang baik sebagaimana dilaungkan kerajaannya untuk memastikan “kewibawaan” (kredibiliti) DUN terus kukuh.
“Jika (bercuti) menjadi ubat yang pahit untuk ditelan, maka saya cadangkan kita mengambil pendekatan yang lebih progresif.
“Bagi menegakkan keadilan, pemimpin tersebut hendaklah dinasihatkan Dewan agar tidak mempengerusikan Lembaga Perancang Negeri (SPC) atau Jawatankuasa Tanah Negeri buat sementara waktu sehingga satu keputusan dicapai oleh mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017.
Fungsi SPC sebagai pengatur semua kerja-kerja pembangunan di negeri ini, seperti diperuntukkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Teh terkenal dengan pandangan tidak kepartian dan sebelum ini meminta jawatan ketua menteri Pulau Pinang dihadkan kepada 2 penggal bagi mencegah penyalahgunaan dan rasuah.
Sementara itu, Teh berkata DUN akan terus berada dalam “suasana krisis” apabila badan kehakiman menyiasat cawangan eksekutif kepada beberapa tuduhan.
“Sistem kita dimodelkan mengikut Parlimen Westminster, di mana pengasingan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman dilaksanakan.
“Sekarang, kita berhadapan dengan krisis melalui saman terhadap eksekutif kami. Saya rasa ia adalah patut dan adil kita meneliti ‘tatakelola’ (tadbir urus) eksekutif dalam persidangan ini,” katanya.
Pada 30 Jun, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk memperoleh suapan bagi diri dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian bagi tujuan kediaman semasa mesyuarat exco negeri pada 18 Julai 2014.
Lim juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, di bawah nilai pasaran hartanah sebanyak RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan berkata ia adalah rancangan jahat BN untuk membunuh kerjaya politiknya. - FMT

Ulang siar entri Lepaskanlah Jawatan Ketua Menteri Itu Lim Guan Eng, Rehatlah Sehingga Siasatan Selesai - ADUN DAP. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Lepaskanlah Jawatan Ketua Menteri Itu Lim Guan Eng, Rehatlah Sehingga Siasatan Selesai - ADUN DAP. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 23, 2016 Lepaskanlah Jawatan Ketua Menteri Itu Lim Guan Eng, Rehatlah Sehingga Siasatan Selesai - ADUN DAP. Seorang ahli Dewan Undangan Negeri ...


No comments:

Post a Comment