Mengapakah Israel Terbakar? - Analisis Oleh Gilad Atzmon Ini Buat Orang Israel Terbakar Jiwa & Minda!
Mengapa Israel terbakar? Gilad Atzmon menulis artikel Why Israel is Burning? .Dan inilah pandangannya yang disiarkan menerusi web-blog gilad.co.uk, pada Jumaat 25 November yang lepas. Pandangannya ini juga telah menyebabkan kecaman terhadapnya oleh Yahudi dan Israel.
Mengapakah Israel Terbakar - Oleh Gilad Atzmon.
Mengapakah Israel Terbakar - Oleh Gilad Atzmon.
Kawasan pendalaman di negara haram Israel dipenuhi dengan tanaman pokok-pokok Pine. Pokok-pokok ini sebenarnya merupakan tanaman baru di wilayah Timur Tengah.
Pokok Pine mula 'diperkenalkan' kepada tanah Palestin pada awal 1930-an oleh Jewish National Fund (JNF) sebagai salah satu kaedah terancang lagi tersusun untuk mendapatkan (claim) tanah di negara itu.
Sejak 1936, JNF telah menanam 1.7 juta pokok di atas tanah seluas 1,750 hektar. Selama lima puluh tahun, JNF telah pun menanam lebih daripada 260 juta pokok di atas tanah-tanah Palestin yang mereka rampas (jajah).
Itu mereka lakukan sebagai satu langkah (usaha) bagi menyembunyikan perbuatan Israel yang telah memusnahkan perkampungan-perkampungan milik rakyat Palestine. Pembersihan etnik yang dilakukan ke atas muslim Palestine harus dipadamkan dari sejarah dan tidak harus diketahui oleh sesiapa.
Selama ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh JNF bagi menghapuskan, memusnahkan dan memadamkan ketamadunan dan peradaban Palestine yang asal dan dalam waktu yang sama cuba mengeropahkan bumi Palestine.
Hutan semulajadi Palestine mereka musnahkan. Tanaman Zaitun mereka hapuskan (pupus).
Dan mengantikan ia kepada tanaman Pokok Pine. Di bahagian Selatan kawasan pergunungan Carmel pernah dinamai sebagai 'Little Switzerland' dek banyaknya tumbuhan Pine. Namun, pada tahun 2010 berlakunya kebakaran sehingga 'Little Switzerland' itu hanya tinggal sejarah. Fakta-fakta tentang hal ini bagaimanapun cukup mengecewakan JNF.
Sebagaimana diketahui, Pokok Pine tidak dapat beradaptasi dengan iklim Israel sama seperti penduduk Israel yang gagal beradaptasi (asmilasi) di Timur Tengah.
Menurut statistik JNF, enam dari sepuluh anak Pokok Pine yang mereka tanam, akan mati.
Manakala pokok-pokok Pine yang dapat tumbuh dan membesar pula tidak dapat memberikan apa-apa hasil melainkan menjadi bahan bakar api. Setiap kali berakhirnya musim panas di negara haram Israel, setiap hutan yang ditumbuhi Pokok Pine di Israel berpotensi menjadi sebuah wilayah yang berbahaya. Mereka boleh terbakar pada bila-bila masa. Zon maut.
Meskipun negara haram Israel mempunyai kemampuan dan kehebatan dalam bidang nuklear, ketenteraan, Mossad, kebolehan untuk menjajah & mengawal serta berupaya untuk melobi di seluruh dunia, tetapi sesungguhnya keadaan negara haram Israel sebenarnya ampuh dan boleh ditembusi.
Penduduknya sangat terasing dari tanah-tanah yang mereka dakwa kononnya ia milik mereka, tanah yang sangat mereka dambakan. Seperti Pokok Pine itu juga, Zionisme, Israel dan rakyat Israel dari awal lagi sememangnya merupakan 'bahan asing' di wilayah Timur Tengah.
Dialihbahasa oleh : Sozcyili.
Ulang siar entri Mengapakah Israel Terbakar? - Analisis Oleh Gilad Atzmon Ini Buat Orang Israel Terbakar Jiwa & Minda! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment