Satu Persatu Kereta Di Telan Bumi Kata Saksi Kejadian Tanah Runtuh Serendah.
"Saya baru saja menutup gerai sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat. Terkejut saya menyaksikan kereta jatuh satu persatu bagai ditelan bumi," kata Normah Ninggal, 48, yang menjadi saksi kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, awal pagi tadi.
Ketika kejadian jam 1 pagi, Normah baru saja selesai berniaga dan sedang mengemas di hadapan rumah yang terletak bersebelahan gerainya itu.
"Saya panggil anak-anak yang berada di gelanggang sepak takraw di sebelah rumah untuk masuk. Tak sampai seminit, tanah di belakang rumah runtuh, pokok bergoyang dan kereta berpusing," katanya.
Kejadian itu amat menakutkan kerana tiada tanda-tanda jalan atau tanah di kawasan itu retak, katanya seperti yang dipetik menerusi portal Harian Metro.
Sebelum ini, dalam kejadian jam 1 pagi, lapan kedai berserta deretan kedai dan gerai makan menggelongsor jatuh ke lereng bukit sedalam 20 meter berikutan kejadian tanah runtuh.
150 penghuni Taman Idaman, Serendah telah diarahkan berpindah dan pihak polis masih mencari 22 buah keluarga bagi dibantu oleh JKM berhubung insiden tersebut.
Pasukan Bomba dan Penyelamat menyatakan operasi mencari telah dilakukan namun setakat ini tiada mangsa ditemui kecuali seorang lelaki yang berjaya diselamatkan oleh penduduk ketika kejadian.
Ulang siar entri Satu Persatu Kereta Di Telan Bumi Kata Saksi Kejadian Tanah Runtuh Serendah. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment