"Berdosalah" Jika Biarkan UMNO Terkubur, Melayu Merempat Jika UMNO Tiada - Najib Razak #PAU2016

 On Thursday, December 1, 2016  


"Berdosalah" Jika Biarkan UMNO Terkubur, Melayu Merempat Jika UMNO Tiada - Najib Razak #PAU2016

Datuk Seri Najib Razak mengakhiri ucapan dasarnya selaku Presiden UMNO dengan mengingatkan ahli untuk mempertahankan ketuanan parti supaya orang Melayu terus mempunyai dahan berpaut.


Beliau turut mengingatkan ahli dan kepemimpinan supaya tidak lalai, sebaliknya sentiasa bersiap sedia dan berwaspada dengan cabaran akan datang. 

"Jikalau UMNO terkubur oleh kelekaan kita, pastinya ia menjadi satu 'dosa' yang tidak akan diampunkan oleh anak-anak cucu kita kelak. 


Apalah akan menimpa bangsa kita nanti? Bila semua sudah punah berkecai, apabila UMNO sudah tidak ada lagi, umpama kupang tembaga yang tidak berguna, 

"Apabila orang Melayu sudah tidak ada tempat bergantung harap, akan tersungkur dan tertiaraplah, menjadi hina, merempat, mengemis, bahkan terbangsat di tanah sendiri.

"Pada masa itu, zahir UMNO akan tercarik dan luka, batin parti keramat ini juga pastinya menjerit-jerit dan luluh binasa. Alangkah berhiba-hiba di hati, Tamatlah riwayat Melayu sejati. 

Nobat nafiri pun tiada bergema dan tidak akan berbunyi lagi," katanya hari ini. 

Najib yang juga Perdana Menteri turut mengakhiri ucapannya dengan membuat seruan kepada semua pihak terutama perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. 

Seruannya berbunyi: 

Jangan kita mundur walau setapak, 
jangan kita berpatah jalan walau sejengkal, 
dengan ibarat pedang di kanan dan terhunus keris di kiri, berselempangkan pula semangat yang tidak mungkin bisa mati. 

Kerana janji Tuhan pada tiap yang berusaha tentu ada balasan jayanya. 

Kalau belum hari ini, esok atau lusa cahaya mentari pasti terbit dan memancar jua. 

Ayuhlah, 

Tanpa gentar dan tiada ragu-ragu lagi, 

Kita bangun dan berdiri, bersiap untuk berjuang bermati-mati pabila semboyan dibunyi-kan nanti. 

Hidup UMNO, Hidup Barisan, Hidup Malaysia.

Sumber : Berita Harian

Ulang siar entri "Berdosalah" Jika Biarkan UMNO Terkubur, Melayu Merempat Jika UMNO Tiada - Najib Razak #PAU2016 bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
"Berdosalah" Jika Biarkan UMNO Terkubur, Melayu Merempat Jika UMNO Tiada - Najib Razak #PAU2016 4.5 5 Unknown Thursday, December 1, 2016 "Berdosalah" Jika Biarkan UMNO Terkubur, Melayu Merempat Jika UMNO Tiada - Najib Razak #PAU2016 Datuk Seri Najib Razak mengak...


No comments:

Post a Comment