Jho Low Move - Ahli Keluarga Jho Low Mulakan Strategi Halang Rampasan Aset Oleh USA.
Saudara-mara ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low sedang meninjau tindakan mahkamah untuk menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) dari merampas aset-aset yang terbabit dalam siasatan dana skandal 1MDB, menurut fail mahkamah AS.
Reuters melaporkan empat saudara Jho Low merancang memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini bagi membolehkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru, menurut usul Mahkamah Persekutuan di Los Angeles pada Isnin yang lalu.
Usul berkenaan bertujuan menangguhkan perbicaraan kes berkenaan kepada tarikh lain dengan penyataan bahawa terdapat usaha membawa kes itu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.
Jho Low merupakan antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil yang difailkan awal tahun ini oleh Jabatan Keadilan AS atas dakwaan lebih daripada AS$3.5 bilion telah diselewengkan daripada dana 1MDB.
Menurut fail, langkah untuk mencuba mahkamah di tempat lain dibuat ekoran bantahan kerajaan AS terhadap usaha oleh saudara-mara Low untuk memindahkan aset kepada pemegang amanah yang baru.
Kerajaan AS mempersoalkan, antara lain, mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman adalah lokasi yang sesuai untuk membuat permintaan seperti itu.
Menurut Bloomberg, empat saudara-mara Low itu termasuk bapa dan abangnya.
Sumber : Malaysiakini
Ulang siar entri Jho Low Move - Ahli Keluarga Jho Low Mulakan Strategi Halang Rampasan Aset Oleh USA. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment