Kacau Upacara Krismas, PAS Indonesia Diarah Mohon Maaf - Muslim Patut Hentikan Sikap Ektremis. #Global

 On Monday, December 12, 2016  

Kacau Upacara Krismas, PAS Indonesia Diarah Mohon Maaf - Muslim Patut Hentikan Sikap Ektremis. #Global

Kacau Upacara Krismas, PAS Indonesia Diarah Mohon Maaf - Muslim Patut Hentikan Sikap Ektremis. #Global

Datuk Bandar Bandung Ridwan Kamil mengarahkan kumpulan tegar Muslim, Pembela Ahlus Sunah (PAS) segera memohon maaf kepada gereja Kristian susulan tindakan mereka menghentikan upacara Krismas pada Selasa lalu. 


Jakarta Globe melaporkan, dalam akaun Facebook rasminya, Ridwan memuat naik beberapa notis berkaitan insiden pada 6 Disember itu di mana PAS mengganggu upacara di pusat konvensyen di sini hingga mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Ridwan berkata pentadbiran Bandung tidak akan membenarkan PAS menjalankan sebarang aktiviti di bandar itu jika mereka tidak membuat permohonan maaf itu. 

“Dalam tempoh 7 hari, PAS perlu memohon maaf kepada Christian Revival Service Bandung (KKR) dan menghantar surat kepada pejabat pentadbiran Bandung menyatakan PAS akan mematuhi undang-undang kerajaan Indonesia,” katanya dipetik daripada Jakarta Globe. 

Ridwan dilaporkan berkata notis itu sudah dipersetujui selepas mesyuarat diadakan bersama pemimpin tempatan, termasuk dari Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Hal Ehwal Agama di Bandung. Ada 9 perkara disebut dalam post Facebook itu. 

Undang-undang Indonesia melarang diskriminasi kaum, bangsa dan kumpulan sosial.

Sumber : Free Malaysia Today.

Ulang siar entri Kacau Upacara Krismas, PAS Indonesia Diarah Mohon Maaf - Muslim Patut Hentikan Sikap Ektremis. #Global bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kacau Upacara Krismas, PAS Indonesia Diarah Mohon Maaf - Muslim Patut Hentikan Sikap Ektremis. #Global 4.5 5 Unknown Monday, December 12, 2016 Kacau Upacara Krismas, PAS Indonesia Diarah Mohon Maaf - Muslim Patut Hentikan Sikap Ektremis. #Global Datuk Bandar Bandung Ridwan Kami...


No comments:

Post a Comment