Kenali Jacob Remaley, Remaja 14 Tahun Yang Mengemparkan Dunia Kerana Menembak Mati Ibu & Adiknya. #Global

 On Saturday, December 3, 2016  

Kenali Jacob Remaley, Remaja 14 Tahun Yang Mengemparkan Dunia Kerana Menembak Mati Ibu & Adiknya. #Global

Kenali Jacob Remaley, Remaja 14 Tahun Yang Mengemparkan Dunia Kerana Menembak Mati Ibu & Adiknya. #Global

Nama Jacob Remaley secara tiba-tiba menjadi popular di enjin carian Google sejak beberapa hari yang lepas. Ini berikutan remaja lelaki berusia 14 tahun itu telah membunuh ibu dan adik kandungnya dengan menggunakan pistol.

Masyarakat seluruh dunia mahu mengetahui dan mengenali siapakah disebalik nama Jacob Remaley, seorang remaja lelaki yang berasal dari Pennsylvania itu.

Pada hari kejadian.

Pagi rabu lepas, satu panggilan diterima oleh Pusat Khidmat 911 dari seorang remaja lelaki yang mengatakan bapanya telah membunuh ibunya dan adiknya.

"Kenapa dia tak bunuh saya? Saya perlukan bantuan", kata Jacob kepada operator panggilan yang bertugas.

Sejurus itu, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua mayat. Kedua-dua mayat itu ialah Dana Remaley yang berusia 44 tahun dan Caleb Remaley yang berusia 8 tahun.

Dan ini adalah beberapa fakta tentang kejadian berkenaan.

1. Jacob memberitahu kepada polis bahawanya dia patut membunuh bapanya juga jika tidak kerana bapanya ke kerja terlalu awal.


Selepas kejadian tembakan, Jacob dibawa oleh polis ke hospital. Bapa kepada Jacob memberikan kebenaran kepada pihak polis untuk 'menemubual' Jacob tentang insiden pembunuhan tersebut.

Dia membuat pengakuan bahawanya dia telah menembak mati ibu dan adiknya tepat di kepala ketika mereka sedang tidur di atas katil.

Dia sepatutnya menembak bapanya juga namun bapanya pergi ke kerja terlalu awal.

Pendakwaraya John Peck mendedahkan kepada wartawan, pada hari kejadian Jacob Remaley mengambil pistol dari atas peti ais dan menuju ke biliknya. Ketika itu pistol tersebut kosong tiada peluru. Dan kemudiannya dia keluar semula dan mengisi peluru ke dalam pistol berkenaan.

Jacob kemudiannya masuk ke bilik ibunya dan tembak tepat di kepala ketika Dana sedang tidur. Dan menuju ke bilik adiknya juga menembak tepat di kepala ketika adiknya juga sedang tidur. Kedua-duanya jelas maut kerana tembakan tersebut.

2. Dalam panggilan 911, Jacob menyatakan dia tidak tahu kenapa bapanya meletakkan pistol di katilnya dan kedua-dua tangannya berlumuran darah.


Selepas kejadian tembakan, Jacob dengan keadaan histerianya memanggil 911 untuk mendapatkan bantuan. Jacob menyatakan kepada operator tangannya berlumuran darah dan bapanya telah menembak ibu dan adiknya.

Dia turut berlari ke halaman rumah dengan membawa pistol dengan hanya memakai T-shirt dan boxer. Menurut saksi yang juga jiran kepada keluarga Ramley, Jacob berlari bagaikan histeria sambil menyebut "ibu" berulang kali. Jirannya memberitahu Jacob, ibunya sayang padanya. Dan Jacob membalas "saya sayangkan ibu juga".

Jacob kemudiannya duduk selepas berjaya ditenangkan. Kemudiannya mencampakkan pistol yang dipegangnya. 

Menurut David Ramley, datuk kepada Jacob menyatakan kepada pemberita, dalam pengetahuannya David Ramley (nama sama seperti bapanya) memiliki dua senjata api. Ini kerana David adalah bekas tentera. Pernah berkhidmat dalam militari. David juga menerangkan segala-galanya tentang senjata api kepada kedua-dua anaknya. David mempunyai lesen senjata api. Dia akan membawa satu senjata api di mana sahaja dia pergi dan satu lagi ditinggalkan di dalam rumah.

Pada awalnya, ketika panggilan dibuat kepada 911, pihak berkuasa menjangkakan bapa Jacob, David yang melakukan tembakan memandangkan Jacob memberikan gambaran tentangnya secara tidak langsung.

"Dia telah keluar awal, pergi ke kerja, tinggalkan rumah, di katil saya ada sepucuk pistol dan tangannya saya berlumuran darah".

Antara petikan kenyataan Jacob kepada 911.

3. Jacob Remaley adalah pelajar pintar yang mendapat straight A, juga merupakan penganut agama yang setia, amat kecewa ibunya tidak pergi ke gereja kata nenek Jacob.

Anak ini pintar. Pelajar cemerlang yang mendapat A dalam setiap subjek. Seseorang yang berbudi bahasa. 

"Keluarga ini keluarga yang baik-baik. Rajin, berbudi bahasa, keluarga contoh, keluarga yang Amerika akan suka. Mereka amat rajin bekerja dan rajin memberi khidmat kepada masyarakat juga. Saya tidak pasti apa yang terjadi. Saya benar-benar tidak faham kenapa". Memetik kenyataan Anita Stoner.

Jocey Remaley, nenek kepada Jacob memberitahu kepada wartawan bahawanya cucu itu seorang penganut agama yang alim. Dia patuh pada ajaran agama dan amat kecewa kerana ibunya enggan pergi ke gereja bersama-samanya.

Menurut Jacey, Jacob pernah memberitahu kepadanya bahawanya Dana kecewa terhadap Tuhan disebabkan ibu Dana pernah mati angkara kanser dan itu mungkin puncanya ibunya tidak gereja.

Polis ketika ini belum dapat mengenalpasti motif kejadian namun menurut mereka, Jacob mungkin tidak bersefahaman dengan ahli keluarganya.

Menurut hasil siasatan, polis menemui petunjuk bahawanya ada bukti-bukti yang menyatakan bahawanya Jacob tidak bersefahaman dengan kedua ibu dan bapanya dan mungkin itu menjadi punca kepada kejadian tembakan namun polis tidak dapat mencari punca kenapa Jacob juga tergamak membunuh adiknya yang berusia 8 tahun sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dalam perhubungan adik-beradik. Ia sesuatu yang musykil kata mereka kepada media.

4. Dana Ramley berkerja di sebuah sekolah dan Caleb berada di tahun tiga.


Dana Ramley ialah seorang Personal-Care Assisstant (Pembantu-jagaan Peribadi bagi pelajar). Dia akan membantu pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi emosi dan tingkahlaku dengan mengenalpasti masalah pelajar2 tersebut dan seterusnya membantu pelajar2 menyelesaikan masalah agar tidak menganggu tumpuan mereka terhadap pembelajaran.

Anak bongsunya Caleb, bersekolah di Standwood Elementary School di Gred Ketiga.

David Ramley pula ialah seorang pesara tentera yang pernah berkhidmat di Perang Iraq, berusia 52 tahun dan telah bersara dari militari sejak 3 tahun yang lepas. Dia kini bekerja sebagai Master Plumber di VA Hospital yang berada di daerah Pittsburgh.

5. Jacob bakal didakwa membunuh sebagai orang dewasa, akan melalui ujian mental dan psikologi sebelum menjalani perbicaraan pertama.


Jacob tidak akan didakwa mengikut akta juvana. Walaupun Jacob baru berusia 14 tahun namun pihak pendakwaraya memutuskan Jacob akan dianggap sebagai dewasa dan mendakwanya seperti orang dewasa.

Jacob kini ditahan dan tidak boleh dijamin. Jacob akan didakwa dibawah dua pertuduhan yang berbeza iaitu melakukan pembunuhan tahap pertama (dengan niat) dan melakukan tembakan dengan niat membunuh.

Sebelum dibawa ke mahkamah atas kedua-dua pertuduhan tersebut, Jacob akan melalui pemeriksaan kesihatan berkaitan mental dan psikologinya.

Jacob juga tidak dapat dipastikan samada telah mengupah peguambela bagi membela pertuduhan ke atasnya ataupun tidak.

Sumber berita & gambar : Heavy.com, Facebook, BBCnews.

Dialihbahasa oleh Sozcyilli.

Ulang siar entri Kenali Jacob Remaley, Remaja 14 Tahun Yang Mengemparkan Dunia Kerana Menembak Mati Ibu & Adiknya. #Global bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kenali Jacob Remaley, Remaja 14 Tahun Yang Mengemparkan Dunia Kerana Menembak Mati Ibu & Adiknya. #Global 4.5 5 Unknown Saturday, December 3, 2016 Kenali Jacob Remaley, Remaja 14 Tahun Yang Mengemparkan Dunia Kerana Menembak Mati Ibu & Adiknya. #Global Nama Jacob Remaley secara...


No comments:

Post a Comment