Lagi Kes Ditipu Butik Pengantin - Jangan Kata Pelamin Buruk, Pelamin Pun Langsung Tak Ade!

 On Wednesday, December 7, 2016  

Lagi Kes Ditipu Butik Pengantin - Jangan Kata Pelamin Buruk, Pelamin Pun Langsung Tak Ade!

Lagi Kes Ditipu Butik Pengantin - Jangan Kata Pelamin Buruk, Pelamin Pun Langsung Tak Ade!

Memandangkan ada yang kecoh tentang pelamin RM3,000 tak serupa RM3,000 itu, saya nak kongsi pengalaman saya juga. Bukan bertujuan mahu mengaibkan orang, tetapi sebagai nasihat dan peringatan agar orang ramai berhati-hati dan tidak menjadi mangsa pihak berkenaan. 
 
 
"TERNAMPAK IKLAN PAKEJ DI LAMAN FB".
 
Cerita ini sebelum hari perkahwinan saya. Saya jumpa tawaran perkhidmatan pihak bridal ini di laman Facebook. Mula-mula nak ambil pakej fotografi sahaja, kemudian ternampak pula flyer mereka yang terselit pakej yang menepati bajet saya dan suami. Jadi, kami pun buatlah tempahan dengan dia sebab senang, sekali dapat fotografi dan pelamin. Tak perlu lagi mencari perkhidmatan berasingan. Lagipun dekat. 

Bila berjumpa di depan, memang baik orangnya. Tiba satu hari itu, ada viral dan kecoh tentang pihak bridal berkenaan yang mana kesnya lebih kurang kes 'Pelamin Pakej RM3,000 Tak Setanding Harga'. 

Kami pun berjumpalah dengan pihak bridal berkenaan dan dia memberi penjelasan penuh kepada kami. Sebagai pelanggan, kami masih lagi meneruskan urusniaga bersamanya supaya perniagaan dia akan naik semula selepas viral. Iyalah, kita nak tolong sesama Islam kan.
 
"TIBA-TIBA HILANGKAN DIRI".

Namun, tak sangka pula akan timbul masalah berikut. Mesej di WhatsApp tak dibalas, double tick pun tak ada. Hati siapa yang tak risau? Majlis tinggal beberapa bulan saja lagi. Saya cuba menghubunginya melalui Facebook Messenger, berjaya pula. 

Bila ditanya tentang pakaian pengantin, katanya semua okay dan akan siap awal bulan Oktober. Jangan risau katanya. Bila tanya tentang pelamin, katanya okay. Bila tanya kali kedua, dia beri alasan panel tak ada tetapi boleh buat dan hasilnya tidak sama seperti yang dipinta. Itu pun saya masih boleh bersabar lagi. Masa saya mesej dia pada 24 September 2016, dia boleh pula kata dia berada di Singapura.

Pelamin yang saya minta ini banyak menggunakan kain putih dan bunga putih. 

Bila tanya staff dia, dia pula dah berhenti selepas pindah kedai. Bila pergi ke kedai baru itu, tak ada pula papan tanda. Bila tanya tuan kedai, dia boleh pula kata yang dia lupa alamat dan hanya memaklumkan bahawa kedainya terletak di hadapan perhentian bas. Logik akal ke jawab begitu? Macam mana nak cari kedai dia kalau itu jawapan yang diberi? 

Kali terakhir saya menghubungi dia melalui FB Messenger, bulan Oktober lalu. Tiada satu respon yang diterima, malah dia telah membuang aplikasi FB Messenger itu. Allah saja yang tahu perasaan kami pada waktu itu. Sudahlah majlis tinggal dalam sebulan saja lagi. 
 
"AKHIRNYA TERPAKSA CARI BRIDAL LAIN, WANG PULA LESAP BEGITU SAHAJA".

Memandangkan tiada cara lain, kami terpaksa mencari pihak bridal yang lain. Alhamdulillah, tarikh kami itu masih ada kekosongan. Syukur sangat-sangat. Khidmat jurugambar pun cari yang lain, Alhamdulillah ada kekosongan juga pada tarikh tersebut. 

Dengan adanya bridal baru dan jurugambar baru, majlis berjalan dengan lancar. Kalau masih tunggu 'Bridal Ghaib' itu, tak tahulah apa yang terjadi pada masa itu. 

Kepada sesiapa yang mengenali individu berkenaan, sampaikan pesanan saya pada dia bahawa dia tidak akan hidup tenang selagi menipu dan menggunakan duit orang yang mahu mendirikan masjid. 

"Akak ada anak, takkan akak nak sara anak dengan duit kami yang akak tipu? RM1,500 itu mungkin tidak banyak bagi sesetengah orang, tetapi bagi saya dan suami, duit itu boleh jadi gaji sebulan saya. 

"Susah payah bekerja mencari duit untuk berkahwin tetapi dapat 'Bridal Ghaib' seperti akak ini sesuka hati nak menggunakan duit itu. 

"Untuk bekas pekerja bridal ini pun saya tak tahu nak cakap apa, menjawablah anda semua nanti di akhirat. Semua mesej WhatsApp masih disimpan rapi,".

Disunting oleh The Reporter dari sumber asal Chik Rireen.

Ulang siar entri Lagi Kes Ditipu Butik Pengantin - Jangan Kata Pelamin Buruk, Pelamin Pun Langsung Tak Ade! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Lagi Kes Ditipu Butik Pengantin - Jangan Kata Pelamin Buruk, Pelamin Pun Langsung Tak Ade! 4.5 5 Unknown Wednesday, December 7, 2016 Lagi Kes Ditipu Butik Pengantin - Jangan Kata Pelamin Buruk, Pelamin Pun Langsung Tak Ade! Memandangkan ada yang kecoh tentang pelamin...


No comments:

Post a Comment