Mukhriz Dedah Rahsia, KJ Pun Tak Percaya Najib, Mahu Letak Jawatan - Dan Secara Tiba-Tiba KJ Uturn, Skandal 100j KBS Terdedah..

 On Tuesday, December 6, 2016  

Mukhriz Dedah Rahsia, KJ Pun Tak Percaya Najib, Mahu Letak Jawatan - Dan Secara Tiba-Tiba KJ Uturn, Skandal 100j KBS Terdedah..

Mukhriz Dedah Rahsia, KJ Pun Tak Percaya Najib, Mahu Letak Jawatan - Dan Secara Tiba-Tiba KJ Uturn, Skandal 100j KBS Terdedah..

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin didakwa akan meletakkan jawatannya di dalam kabinet sekiranya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak enggan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.


Pengendali laman Facebook ‘Mukhriz Mahathir FC’ melalui satu posting hari ini berkata, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan mengenai isu tersebut ketika menyampaikan ceramah di Sabak Bernam, malam tadi.

“Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir membongkar perjumpaan sulit di antara beliau dengan Khairy Jamaluddin pada tahun 2015 dulu.

“Dalam perbincangan tersebut, KJ akui beliau tak percaya penjelasan Najib mengenai 1MDB malah sanggup lepaskan jawatan Menteri KBS sekiranya Najib tak letak jawatan!!,” memetik kenyataan tersebut.

Tinjauan mendapati rata-rata para penyokong Khairy menyifatkan kenyataan Mukhriz itu sebagai terdesak apabila melihat Pemuda Umno berikrar untuk tidak akan berganjak daripada memberikan wala’ atau ketaatan kepada Najib selaku presiden parti.

Terdahulu Khairy mendakwa bekas Menteri Besar Kedah itu yang digelarnya ‘Boboi’, telah ‘mengkhinati’ kesetiaan kepada Najib apabila dilantik menjadi timbalan menteri walaupun kalah dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno.

Khairy mendakwa, dirinya telah ‘dipinggirkan’ walaupun berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno namun tetap memilih untuk istiqamah di bawah kepimpinan Najib.

“Ingat apabila penggal pertama waktu saya bangkitkan mcam-macam isu, saya tiada jawatan apa-apa. Saya ketua pemuda dan menang tapi saya disimpan dalam peti ais.

“Boboi yang kalah dengan saya dilantik menjadi timbalan menteri.. namun saya tak marah, saya tak kecewa, saya tak merajuk malah istiqamah dengan Presiden,” katanya ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016), pada Sabtu.

Ulang siar entri Mukhriz Dedah Rahsia, KJ Pun Tak Percaya Najib, Mahu Letak Jawatan - Dan Secara Tiba-Tiba KJ Uturn, Skandal 100j KBS Terdedah.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Mukhriz Dedah Rahsia, KJ Pun Tak Percaya Najib, Mahu Letak Jawatan - Dan Secara Tiba-Tiba KJ Uturn, Skandal 100j KBS Terdedah.. 4.5 5 Unknown Tuesday, December 6, 2016 Mukhriz Dedah Rahsia, KJ Pun Tak Percaya Najib, Mahu Letak Jawatan - Dan Secara Tiba-Tiba KJ Uturn, Skandal 100j KBS Terdedah.. Menter...


No comments:

Post a Comment