Dicabar Sultan Johor - Ini Jawapan Mahathir Kepada YMM Sultan Ibrahim.

 On Tuesday, January 17, 2017  

Dicabar Sultan Johor - Ini Jawapan Mahathir Kepada YMM Sultan Ibrahim.

Dicabar Sultan Johor - Ini Jawapan Mahathir Kepada YMM Sultan Ibrahim.

Oleh : Mahathir Mohammad.

Saya TIDAK tahu jika benar YMM Sultan Johor mencabar saya berkenaan pembangunan Johor Bahru. Mungkin ini hanya The Star yang mentafsirkan titah Sultan Johor sebagai cabaran terhadap saya. 


Tetapi sekiranya YMM Sultan menafikan baginda mencabar saya, saya ambil kira laporan The Star sebagai benar. Saya akui saya agak terbatas. 

Sementara orang boleh berkata apa saja tentang saya, dan saya sangat mengalu alukan kebebasan bersuara sedemikian, saya harap dengan maklum balas terhadap cabaran baginda saya tidak akan ditangkap dan dipenjara tanpa bicara. 

Tetapi jika terdapat perbicaraan, saya mengalukan penahanan. Sekarang ini, apa saya kata? Tidak lebih hanya mengulang semula laporan Bloomberg. 

Saya hargai mengapa Bloomberg tidak dicabar mahupun dinafi. Apa yang Bloomberg kata mengenai laporan bertarikh 22 Nov tahun lepas? Dilaporkan bahawa syarikat Cina dari China akan membina Forest City di JB yang boleh memuatkan 700,000. 

Dilapor lagi bahawa kapal terbang yang dipenuhi dengan Cina China diterbangkan untuk melihat model bersaiz manusia dan mereka akan membeli hartanah di Forest City. Saya merasa ragu jika Melayu Johor dan Cina membeli atau akan membeli pangsapuri tersebut. 

Tidak mungkin kebanyakan orang Malaysia akan membeli semua hartanah ini. Bloomberg di dalam laporan yang sama memaklumkan bahawa 60 pembagunan lain bersamaan Forest City, juga telah dijual kepada orang Tanah Besar Cina. 

Melihat semula pada tahun 1819, apabila Sultan Ali, tidak memajakkan Singapura kepada British, Temenggong yang menandatangani pajakan tersebut. Lihatlah Singapura hari ini. Sebahagian dari Johor telah menjadi negara asing - pesat membangun tidak menjadi hal, tetapi ianya negara asing. Terdapat lebih banyak dari jutaan orang asing duduk di JB Forest City dan 60 pembangunan lain. 

Tempat baru ini tidak menjadi negara asing tetapi akan mendadaknya peratusan orang asing. Jika mereka tinggal lebih lama, mereka bakal layak diberikan kewarganegaraan Malaysia. Ya, saya mempromosi pelaburan langsung asing (FDI). 

Tetapi ia bukanlah mengenai pembelian tanah di Malaysia, membangunkan dan menjual tanah kepada orang asing yang akan tinggal di sini. 

FDI adalah berkenaan dengan pelaburan dalam industri permbuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat Malaysia bekerja di dalam industri tersebut. 

Mereka ini akan peroleh kemahiran dan memulakan perniagaan pembuatan mereka sendiri. Kontraktor Malaysia sudah cukup berupaya dalam membina segala jenis bangunan dan membagunkan tanah. Kita tidak memerlukan orang asing untuk melakukan semua ini. 

Lihatlah Malaysia hari ini. 90% atau lebih dari bangunan baru dan pembinaan adalah hasil syarikat rakyat Malaysia sendiri. Majoriti pembelinya adalah orang Malaysia, dan mereka adalah rakyat yang sememangnya hidup di situ. 

Tetapi apabila orang asing membeli tanah, di situ tidak akan ada pengaliran masuk modal. Kebanyakan wang dipinjam. Dan mereka boleh membuat perniagaan dengan bank mereka sendiri. Apa jua hasil syarikat asing dapati akan menjadi asing dan memberi kesan kepada pengaliran keluar modal. 

Apabila pengenalan skim di mana anda boleh membeli hartanah di China dan percuma sebuah rumah pangsa atau rumah di Malaysia, tidak ada keuntungan didapati di Malaysia. Oleh itu, tidak ada hasil cukai dibayar kepada Kerajaan Malaysia. Biarlah kesemua transaksi dibuat secara telus. 

Terbitkan semua dokumen tentang pelaburan, jumlah pekerja, negara asal mereka, pembeli, bank-bank yang menjadi sumber wang dan kesemua dana asing. Lakukan semua ini dengan jujur. Jangan sembunyi. Jadi biarkan Transparency International memeriksa dokumen rasmi yang didedahkan. Biar rakyat lihat dokumen ini sebagai bukti ketulenan. 

Dasar pandang ke timur bukanlah berkenaan dengan meminta Timur untuk membeli tanah di Malaysia, membangunkan dan menjual kepada rakyat negara tersebut. Ya, kita menggalakkan orang asing menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua. 

Tetapi jumlahnya amatlah sedikit. Dasar Pandang ke Timur bukanlah tentang imigrasi ratusan Mendan: ribu secara besar-besaran. Ianya mengenai rakyat Malaysia belajar tentang bagaimana negara Timur ini membangunkan negara mereka. Amat mudah untuk menuduh saya bersikap perkauman. 

Saya pernah digelar ultra-Melayu sebelum ini. Label sebegini, yang memburuk-burukkan saya sebenarnya mendedahkan betapa lemahnya hujah yang kukuh disebalik apa yang saya lakukan atau katakan. 

Ini mencerminkan kekurangan asas hujah untuk menentang saya. Negara ini berbilang bangsa. Rakyatnya berbeza etnik, bahasa, agama, budaya malah kesejahteraan ekonomi telah subur di negara ini dengan amannya. 

Di kebanyakan negara, walau sedikit perbezaan tafsiran berkenaan agama mereka boleh menyebabkan keganasan dan peperangan. Terus terang, Malaysia adalah aman dan stabil. Ianya stabil dan aman kerana kita menerima satu sama lain sebagaimana sedia ada. Semasa 22 tahun sebagai PM, tidak ada pertembungan bangsa yang signifikan. 

Perbezaan, ya, tetapi tidak ada keganasan. Dan negara ini membangun. Jika saya ini bersikap perkauman, sudah pasti adanya kegawatan dan kemunduran negara semasa pentadbiran saya. Anda boleh pertikaikan apa yang saya kata. Itu adalah hak demokrasi anda. 

Saya cabar The Star terbitkan apa yang saya kata ini sepenuhnya. Ini menjadi ukuran buat ketakutan Kerajaan terhadap kebenaran bahawa media arus perdana telah dikawal rapi. 

Saya akan terima artikel ini bakal dilenyapkan kerana kita hidup di dalam negara kleptokrasi dimana kebenaran dilaknat, hanya mampu dibisik tidak mampu disuarakan. 

Saya adalah rakyat Malaysia yang lahir di Kedah. Malaysia adalah rumah saya dan kesetiaan saya. Jika saya dituduh derhaka melalui apa yang diperkatakan oleh saya, maka biarlah.

Ulang siar entri Dicabar Sultan Johor - Ini Jawapan Mahathir Kepada YMM Sultan Ibrahim. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dicabar Sultan Johor - Ini Jawapan Mahathir Kepada YMM Sultan Ibrahim. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 17, 2017 Dicabar Sultan Johor - Ini Jawapan Mahathir Kepada YMM Sultan Ibrahim. Oleh : Mahathir Mohammad. Saya TIDAK tahu jika benar YMM Sulta...


No comments:

Post a Comment