Henti Sebar No Plat WWC 8908 Kata Polis Kepada Netizens - Polis Sahkan Pemilik Mercedes Bukannya Datuk.

 On Sunday, January 22, 2017  

Henti Sebar No Plat WWC 8908 Kata Polis Kepada Netizens - Polis Sahkan Pemilik Mercedes Bukannya Datuk.

Henti Sebar No Plat WWC 8908 Kata Polis Kepada Netizens - Polis Sahkan Pemilik Mercedes Bukannya Datuk.

Ketika pihak polis menasihatkan orang ramai khususnya netizen media sosial menghentikan penularan nombor plat Mercedes yang terbabit dalam kes seorang pemandu lori teruk dibelasah di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa dekat sini, Sabtu lepas, ia seakan-akan tidak boleh dihentikan. 


Terbaharu, satu status yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan dua individu yang sedang memandikan jenazah dipercayai di sebuah hospital di Serdang (yang kemudian dipadamkan pada status terbabit) turut memaparkan nombor plat Mercedes berwarna perak yang dipercayai dinaiki kumpulan individu yang terlibat membelasah pemandu lori dalam insiden di Bukit Antarabangsa itu. 

Status itu turut memaparkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perkara yang pertama kali akan diselesaikan di antara manusia pada hari kiamat nanti, ialah perkara darah (pembunuhan) - (Shahih Muslim No. 3178) serta "Rasulullah SAW melarang memukul wajah, bahkan dalam peperangan pun dilarang memukul wajah." (Sebagaimana diriwayatkan dalam sahih Muslim Hadis No. 2612). 

Difahamkan pembuat status ini menjalankan perkhidmatan pengurusan jenazah yang berpangkalan di Selayang. Setakat pukul 10 malam ini, status berkenaan menerima 3,100 Likes dengan 282 komen serta dikongsi sebanyak 2,976 kali. 

Netizen lain yang dipercayai dari seluruh Malaysia yang memaparkan nombor plat Mercedes itu di laman Facebook mereka juga dilihat semakin berani sehingga ada yang seakan-akan mengugut dengan cara yang paling ekstrem. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas mereka yang disyaki terlibat dan meminta orang ramai tidak perlu risau kerana polis melihat perkara ini secara serius. 

"Walaupun mereka mendakwa kedua-dua belah pihak telah menyelesaikan perkara itu namun polis masih menyiasat dan akan mengenakan tindakan tegas," katanya pada sidang akhbar selepas Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan di Rawang hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata, polis telah merakamkan percakapan 15 individu termasuk pemilik video berhubung kes berkenaan sejak hari kejadian bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku. 

"Kami ambil keterangan untuk kenal pasti individu yang terlibat dalam kes ini, orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia tidak membantu mana-mana pihak. 

"Siasatan tidak hanya berpandukan kepada rakaman video yang ditularkan kerana ia tidak menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku," katanya. 

Ketika ditanya adakah pemilik kereta Mercedes turut terlibat, Hamzah berkata, semakan mendapati pemiliknya merupakan seorang wanita dan suaminya juga bukan individu bergelar 'Datuk' seperti yang ditularkan. "Mereka (wanita dan suaminya) itu tidak terlibat dalam kes ini dan saya harap orang tidak perbesarkan cerita ini, tindakan mereka hanya mengganggu siasatan," katanya. 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : UTUSAN ONLINE.

Ulang siar entri Henti Sebar No Plat WWC 8908 Kata Polis Kepada Netizens - Polis Sahkan Pemilik Mercedes Bukannya Datuk. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Henti Sebar No Plat WWC 8908 Kata Polis Kepada Netizens - Polis Sahkan Pemilik Mercedes Bukannya Datuk. 4.5 5 Unknown Sunday, January 22, 2017 Henti Sebar No Plat WWC 8908 Kata Polis Kepada Netizens - Polis Sahkan Pemilik Mercedes Bukannya Datuk. Ketika pihak polis menasihatkan...


No comments:

Post a Comment