Kapal Selam Tempur China Mendarat Di Sabah Timbulkan Kebimbangan India, Amerika.

 On Monday, January 9, 2017  

Kapal Selam Tempur China Mendarat Di Sabah Timbulkan Kebimbangan India, Amerika.

Kapal Selam Tempur China Mendarat Di Sabah Timbulkan Kebimbangan India, Amerika.

Ketibaan 2 buah kapal selam tempur milik China di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini mendapat perhatian, dengan pihak berkuasa India mempersoalkan alasan kapal itu berlabuh bagi “berehat dan mendapat bekalan” selepas memantau aktiviti lanun di perairan Somalia. 


Tentera India dipetik badan penyiaran New Delhi Television (NDTV) sebagai mempertikaikan tujuan kapal selam itu berlabuh. Menurutnya, aset ketenteraan yang canggih seperti kapal selam bukan sesuatu yang sesuai digunakan bagi melawan lanun Somalia yang biasanya hanya melibatkan “pertempuran kecil”. 

Sebaliknya, NDTV melaporkan pihak India bimbang ia merupakan sebahagian usaha perisikan Beijing terhadap kapal selam milik India di Lautan Hindi.


Ia turut dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) 3 hari lalu yang mengaitkan ketibaan kapal selam itu dengan perubahan kuasa serantau di Asia Tenggara, dipercayai merujuk kebangkitan pengaruh China di sebalik dasar negara seperti Malaysia dan Filipina yang semakin rapat dengan Beijing. 

Walaupun ia bukan kali pertama aset ketenteraan China berlabuh di perairan Malaysia, bagaimanapun ia merupakan pertama kali melibatkan aset canggih seperti kapal selam yang mempunyai kebolehan mengumpul maklumat tanpa dikesan. 

“Ia menunjukkan kepercayaan lebih tinggi di pihak negara tuan rumah, kerana operasi kapal selam adalah sensitif dan boleh digunakan untuk tujuan bertempur atau membuat tinjauan tanpa dikesan,” penganalisis pertahanan, Euan Graham, yang mengetuai Program Keselamatan Antarabangsa di Institut Lowy, Sydney, memberitahu WSJ. 

Graham menganggap lawatan itu petanda kapal selam milik China boleh dibenarkan oleh Malaysia untuk beroperasi di bahagian selatan Laut China Selatan termasuk berhampiran kepulauan Spratly yang dipertikaikan negara serantau. 

WSJ turut menyifatkan ketibaan itu petanda pengaruh Washington yang semakin pudar di rantau itu. Lawatan itu berlaku ketika 2 lagi kapal perang milik Rusia berlabuh di Filipina, di sebalik dasar luar Manila di bawah Presiden Rodrigo Duterte yang mengabaikan hubungan istimewa ketenteraan bersama Amerika Syarikat. 

Kehadiran beberapa kapal perang China di rantau ini tidak disenangi beberapa negara, termasuk Indonesia, yang bimbang China cuba menunjukkan kuasanya ke atas negara lain yang turut menuntut kepulauan Spratly.

Sumber : Free Malaysia Today

Ulang siar entri Kapal Selam Tempur China Mendarat Di Sabah Timbulkan Kebimbangan India, Amerika. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kapal Selam Tempur China Mendarat Di Sabah Timbulkan Kebimbangan India, Amerika. 4.5 5 Unknown Monday, January 9, 2017 Kapal Selam Tempur China Mendarat Di Sabah Timbulkan Kebimbangan India, Amerika. Ketibaan 2 buah kapal selam tempur milik China di Kota...


Related Post:

  • Luahan Nik Abduh Isu Krisis Selangor. Luahan Nik Abduh Isu Krisis Selangor. Siapa Pengkhianat? Presiden PAS dituduh khianati Pakatan Rakyat (PR) kerana namakan calon Menteri Besar (MB) daripada PAS. Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripad… Read More
  • Cabaran Dari Budak Bodoh - PERKASA Kepada GERAKAN. Cabaran Dari Budak Bodoh - PERKASA Kepada GERAKAN. Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menegaskan, beliau tidak akan menyahut cabaran Pemuda Gerakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Kelantan.Ini kerana, tegasnya, ti… Read More
  • Perogol Awek Malam Merdeka Ditahan Polis. Perogol Awek Malam Merdeka Ditahan Polis.Mak datuk. Tahu umur perempuan tue berapa? 15 tahun kot ketika kejadian. Gila kau. Budak lagi. Liar gila keluar malam2 tanpa kawalan dari keluarga. Haizhh.. Disebabkan gambar itu ; - Semua tahu dia d… Read More
  • Inila Nasib Peniaga Kecil - Dilayan Bagai Penjenayah. Inila Nasib Peniaga Kecil - Dilayan Bagai Penjenayah. Rasa macam nak marah. Dalam minggu neh 2 kali dapat story macam neh. Aku tak faham penguatkuasa. Maksud aku, sudah lama kot. Korang gunakan kaedah neh. Dan masih gagal menemui cara penyeles… Read More
  • Pasukan Penyiasatan Sahkan Tiada Kesilapan Teknikal Pada Penerbangan #MH17. Pasukan Penyiasatan Sahkan Tiada Kesilapan Teknikal Pada Penerbangan #MH17. Selesai satu persoalan. Persoalan2 yang menyalahkan MAS dalam insiden berkenaan. Nampaknya hasil siasatan membuktikan bahawa tiada kesilapan teknikal dan MH17 berfungs… Read More

No comments:

Post a Comment